Saturday, April 20, 2013

PRU 13 Polis kenal pasti 81 kawasan panas di Kedah


April 18, 2013
By
 
Polis mengenal pasti sebanyak 81 kawasan panas yang melibatkan pusat mengundi di seluruh Kedah menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
   
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua kawasan utama yang paling panas adalah di kawasan Sungai Petani dan Kulim.
   
Katanya dua kawasan itu akan menjadi tumpuan polis sepanjang tempoh PRU13 berlangsung.
   
Beliau berkata pihaknya memberi perhatian lebih kepada dua kawasan tersebut berdasarkan beberapa kejadian sebelum ini dan mengelak ia daripada berulang.
   
“Di semua kawasan panas ini, kita akan letakkan lebih ramai anggota bagi menjamin keadaan keselamatan terkawal. Pengundi tidak perlu risau dan mereka boleh keluar mengundi beramai-ramai,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan PRU13 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
Khalid berkata beliau amat berpuas hati dengan persiapan yang dibuat Polis Kedah dan anggota yang ditempatkan di negeri ini mencukupi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang tempoh PRU berlangsung.
   
Terdapat 633 pusat mengundi dalam PRU13 bagi negeri Kedah.
   
Kedah mempunyai 15 kawasan Parlimen dan 36 kawasan Dewan Undangan Negeri.  – Bernama

No comments:

Post a Comment