Monday, December 23, 2013

Permohonan BR1M 2014

•   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
       
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  


•   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
       
  **NOTA

  1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

  Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.
 

Borang BRIM bagi yang layak.. BR1M 


--->>>https://ebr1m.hasil.gov.my/ 

Download Borang : https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/Borang%20Permohonan%20BR1M%202014.pdf

Saturday, November 2, 2013

Ilham Centre : PAS dijangka kekal, majoriti lebih kecil di Sg Limau


Harakahdaily, 02 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Asas sokongan pengundi Sungai Limau kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus.

“Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau,” ujar Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sepanjang kajian itu dijalankan faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS di Dun Sungai Limau.

Dalam pilihan raya kecil ini, ujarnya jelas pertembungan langsung antara PAS dan Umno, bukan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Berikut ialah kenyataan penuh.

Selepas menghampiri saat-saat akhir tempoh berkempen, asas sokongan pengundi kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus. Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau.

Sepanjang kajian ini dijalankan faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS di sini.

Dalam pilihan raya kecil ini, jelas pertembungan langsung antara PAS dan Umno, bukan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Ilham Centre membuat kajian lapangan bermula 28 Oktober dan berakhir pada 1 November 2013 dan berjaya menemubual secara tatap muka dengan 602 responden di kesemua 19 daerah mengundi dalam N20 Sungai Limau.

Kajian ini memfokuskan untuk menilai pendapat di kalangan pengundi berdaftar bagi membekalkan dapatan yang komprehensif, mempunyai hubungkait serta mewakili pandangan populasi di DUN Sungai Limau ini. Kajian ini sebagai rujukan bagaimana dan kenapa pengundi berdaftar mereka menentukan sikap dalam pilihan raya kecil Dun Sungai Limau 2013.

Identifikasi parti dan pengaruh pondok

Berdasarkan dapatan kajian, pengundi N20 Sungai Limau cukup tegar dan setia di atas faktor identifikasi parti mengatasi faktor-faktor lain. Faktor ini menyumbang 81 peratus diambil kira oleh pengundi berbanding faktor calon 12 peratus dan faktor isu hanya 4 peratus sahaja.

Sumbangan pengaruh dua buah pondok iaitu Pondok Bukit Besar dan Pondok Pak Ya Junid yang mana merupakan antara tokoh pengasas PAS Kedah berjaya mengasaskan tapak sokongan masyarakat kepada PAS yang kuat.

Dapatan kajian membuktikan bahawa pengundi yang tinggal di daerah mengundi sekitar pondok-pondok tersebut merupakan kubu kuat kepada PAS seperti daerah mengundi Bukit Besar, Bukit Choras, Gelam Tiga, Batu 16, Permataang Buloh dan Sungai Dedap. Kawasan ini sukar dtembusi oleh UMNO untuk menafikan majoriti besar yang diperolehi PAS dalam DUN ini.

Manakala daerah mengundi yang jauh dari jangkauan pengaruh pondok seperti Dulang Kechil, Dulang Besar, Sungai Kering dan Sungai Daun kelihatan pengaruh UMNO lebih menyerlah berbanding PAS.

Terdapat daerah mengundi yang sentiasa berubah pola sokongan dan menjadi rebutan silih ganti di antara PAS dan juga UMNO seperti daerah mengundi Sedaka, Ulu Sedaka, Simpang Tiga, Kabu Sepuloh dan Sungai Limau.

Pola sokongan PAS di daerah mengundi Padang Lumat pada tradisinya adalah kubu kuat PAS berlaku perubahan ketara ekoran berlaku krisis dalaman PAS kawasan.

Antara keunikan kawasan ini ialah peratusan pengundi atas pagar (fence sitter) amat kecil sekitar 11 peratus sahaja berbanding di kawasan-kawasan lain yang kebiasaannya mencecah 30 peratus.

Umno underdog tetapi agresif

Dapatan kajian menunjukkan UMNO/BN yang turun berkempen dalam situasi underdog kelihatan cukup agresif menggunakan segenap instrumen dan kekuatan jentera.

Manakala PAS pula menggunakan menggunakan strategi bertahan kerana yakin dengan kesetiaan pengundi untuk kekal dengan PAS.

Penilaian pola sokongan pengundi tidak berlaku anjakan ketara berdasarkan tiada pengumuman lompat parti bagi kedua-dua pihak. Senario ini mengukuhkan bahawa pengundi Melayu selesa dengan mengekalkan status quo pilihan parti mereka.

Merujuk kepada soalan ILHAM Centre kepada pengundi berkaitan dengan pengekalan status sokongan pilihan parti sama seperti pilihan raya umum ke-13 yang lepas, 85 peratus mengakui akan mengekalkan sokongan mereka.

Menyedari hakikat itu, jentera UMNO kelihatan begitu agresif menerusi kempen pemimpin-pemimpin parti, sayap Wanita, dan Puteri berusaha memecahkan pola sokongan pengundi di kubu kuat PAS.

Ini dibuktikan apabila UMNO berjaya menganjurkan program rasmi kerajaan di kedua-dua pondok yang menjadi teras sokongan PAS selama ini. Pemecahan tradisi ini ialah merupakan kejayaan besar kepada jentera UMNO dan fenomena baru kali ini.

Faktor Azizan dan Mukhriz

ILHAM Centre mengukur indikator tinggalan pengaruh Tan Sri Ustaz Azizan Razak memang ketara dan kukuh. 68 peratus responden menyifatkan Azizan mempunyai sumbangan dan pengaruh yang besar di sini. Beliau disifatkan sebagai pemimpin yang sangat prihatin dan merakyat tanpa mengenal perbezaan parti. Antara jasa besar yang diakui oleh pengundi ialah Azizan berjaya meredakan pertembungan keras yang menjadi tradisi UMNO-PAS di kawasan ini.

Ini menyebabkan kedua-dua jentera pilihan raya menggunakan faktor Azizan dalam kempen mereka. Paling mengejutkan UMNO menganjurkan majis tahlil rasmi dan mencetak kain rentang menyedekahkan al-Fatihah sebagai elemen menarik simpati pengundi yang memberi undi di atas faktor Azizan.

Selain itu ILHAM juga mengukur pengaruh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dalam pilihan raya ini. Merujuk kepada tahap kepuasan hati pengundi kepada kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan beliau menunjukkan pengaruh berada tahap 38 peratus.

Pengundi mengukur dan menilai pengaruh Mukhriz berdasarkan kesungguhan beliau turun padang menemui pengundi sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Faktor calon, Azam mendahului Dr Sohaimi

Walaupun faktor calon hanya 12 peratus dinilai oleh pengundi, namun ini tetap signifikan dalam pilihan raya kecil ini. Jika dibandingkan calon PAS dan calon UMNO/BN, ternyata calon PAS mempunyai kelebihan yang ketara.

Kekuatan calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abdul Samad lebih dikenali oleh pengundi sebelum pilihan raya kecil lagi sebanyak 50 peratus berbanding calon UMNO/BN, Dr Sohaimi Lazim sebanyak 36 peratus sahaja. Dr Sohaimi hanya dikenali selepas pengumuman calon BN dilakukan.

Kelebihan Azam pada kaca mata pengundi ialah dipilih berdasarkan latar belakang pengajian agama (43 peratus), berasal daripada parti yang sama dengan pengundi (38 peratus) dan berasal daripada keluarga ulama Pondok Bukit Besar (17 peratus) menyumbang sokongan kepada calon ini.

Dr Sohaimi pula kekuatanya terletak kepada sokongan asas penyokong BN (33 peratus) disebabkan beliau calon yang berada di luar senarai perkiraan pengundi sebelum ini. Selain itu beliau juga dilihat oleh pengundi mempunyai kelebihan kelulusan tinggi (16 peratus).

Isu-isu nasional dan lokal memberi kesan minima

Sepanjang pengamatan berdasarkan data kuantitatif, pengundi di Sungai Limau menyifatkan isu-isu nasional mahupun setempat tidak memberikan kesan besar penilaian kepada mereka untuk mengubah pola pengundian.

Isu-isu yang dimainkan oleh pihak media perdana elektronik mahupun bercetak bersumberkan kenyataan-kenyataan pemimpin kedua-dua parti dilihat gagal mempengaruhi mereka. Sebagai contoh isu dakwaan TPM mengaitkan kematian Azizan yang mengidap diabetes dengan kenaikkan harga gula tidak mengurangkan sokongan kepada kepada calon UMNO (28 peratus) manakala isu superimpose calon PAS bersama Azizan juga tidak menjejaskan sokongan kepada calon PAS (19 peratus).

Namun pengundi di sini sedikit terkesan dengan perkara yang dekat dan terbeban kepada mereka. Ini dibuktikan dengan dapatan kajian yang menunjukkan mereka terkesan dengan kenaikan harga minyak (73 peratus) dan harga keperluan barangan (56 peratus).

Walaupun demikian faktor ini tidak mampu mempengaruhi pengundi untuk mengubah pendirian mereka kerana faktor pilihan pengundi berdasarkan parti mengatasi faktor-faktor lain.

Rebutan di daerah mengundi marginal

Kempen kelihatan berlaku persaingan sengit di antara jentera PAS dan UMNO di enam daerah mengundi marginal iaitu Sedaka, Kabu Sepuloh, Padang Lumat, Simpang Tiga, Sungai Daun dan Selengkoh. Daerah mengundi marginal ini merujuk kepada keputusan pilihan raya lepas yang mana memperlihatkan kedua-dua parti memperolehi undi majoriti tipis.

Kajian ini mengenal pasti kedua-dua jentera rancak menumpukan usaha untuk meraih undi di lokaliti-lokaliti ini. Kempen menerusi kaedah konvensional digunakan pada tahap maksimum oleh jentara UMNO dan PAS.

ILHAM mengajukan soalan untuk mengukur jenis kempen yang efektif kepada pengundi di kawasan ini dan memperlihatkan kaedah ziarah rumah ke rumah dianggap kaedah paling berkesan kepada mereka.

Kempen ziarah rumah ke rumah oleh jentera UMNO disaingi rapat oleh PAS dengan peratusan 80 peratus (UMNO) berbanding 74 peratus (PAS).

UMNO jelas ke hadapan dalam segmen keadah kempen menggunakan media massa terutamanya televisyen (84 peratus), radio (49 peratus) dan akhbar harian (74 peratus).

PAS pula hanya bergantung kepada kaedah tradisi mereka iaitu ceramah umum (38 peratus), ceramah kelompok (34 peratus) dan pengedaran risalah calon (39 peratus).

Walaupun begitu, keadaan pengundi kelihatan menerima baik kedua-dua belah jentera namun perubahan sokongan tidak ketara.

PAS dijangka bertahan dengan majoriti lebih rendah

Prediksi ILHAM Centre berdasarkan respons pengundi terhadap undi yang akan diberi kalah menang antara kedua-dua parti ini, PAS mendahului dengan peratusan sebanyak 48 peratus dan BN berada di aras 42 peratus dan bakinya adalah sebanyak 10 peratus yang masih belum membuat keputusan.

Peratusan undi ini diukur kepada pengundi yang berada di dalam kawasan pilihan raya tanpa melibatkan sekitar 7 peratus pengundi yang berada di luar kawasan.

Pengundi Cina ketika kajian ini dilakukan kelihatan berhati-hati dalam membuat keputusan kali ini. Undi Cina disifatkan mendekati model pilihan rasional (rational choice model) yang mengambil kira aspek untung rugi, faedah serta impak kepada komuniti mereka. Semua pertimbangan ini mengambil kira survival ekonomi masyarakat ini dalam membuat keputusan politik kali ini.

Kelebihan PAS ialah mempunyai undi asas penyokong tegar dan setia parti di dalam kawasan yang tinggi ditambah dengan kelebihan peratus pengundi yang berada di luar kawasan dilihat condong kepada PAS atau atas kepentingan Pakatan Rakyat.

BN kelihatan optimis untuk menang dalam pilihan raya kecil ini berasaskan beberapa elemen yang kelihatan memberi peluang untuk menang. Antaranya ialah asas sokongan penyokong tegar dan setia parti kekal, serangan jentera yang berjaya membuat penetrasi di kubu kuat PAS dan di daerah mengundi marginal serta komposisi pengundi muda yang tinggi yang dianggap condong menyokong mereka.

Latar belakang kajian

ILHAM Centre menggunakan stratified random sample dalam survei ini:

Kekuatan pendekatan ini adalah kebolehupayaan untuk meluaskan perbandingan sampel dengan maklumat demografi yang absah di samping mengekalkan pemilihan sample secara rawak. Perwakilan stratifikasi ini ditetapkan mengikut;

a) Daerah Mengundi
b) Umur
c) Parti
d) Gender

Persampelan yang direka bentuk ini bertujuan untuk mendapatkan perwakilan menyeluruh daripada pengundi berdaftar yang berada di dalam buku daftar pemilih di DUN N20 Sungai Limau.

Metode persampelan ini merangkumi;

a) 602 sampel pengundi berdaftar dengan menggunakan kaedah temubual tatap muka dengan salah seorang pengundi berumur 21 tahun ke atas yang menepati stratifikasi yang telah ditetapkan bagi sesuatu peti undi.

b) Senarai daftar pemilih menerusi buku yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan alamat yang lengkap dan angka responden yang tepat di dalam kawasan persampelan.

c) Setiap sesi temubual yang tidak berjaya akan digantikan dengan responden lain di dalam lokaliti yang sama.
PERINGATAN: Komentar yang

Wednesday, May 8, 2013

Monday, May 6, 2013

Mukhriz telah di lantik sebagai MB KEDAH



Mukhriz angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR 6 Mei - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Muhkriz Tun Dr. Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini, sehari selepas BN kembali berkuasa di negeri itu setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130506/dn_07/Mukhriz-angkat-sumpah-sebagai-Menteri-Besar-Kedah#ixzz2SV3pApqk

Sunday, May 5, 2013

PAS Kalah di Kedah. Ramai tokoh PAS kalah kali ini


Tarikh : Monday, May 06 @ 02:09:07 MYT
Topik : Pendapat


Oleh TKOOffline


Keputusan PRU-13 kali ini untuk PAS, nak kata teruk taklah teruk sangat. Tapi banyak perkara kena buat analisis.

Kedah jatuh ke tangan BN, macam sebelum ini Terengganu jatuh. Bila jatuh sukar nak bangun semula. Kerja kuat pun sekurang-kurang 2 kali PRU, maknanya 10 tahun baru boleh bangkit sedikit.

Keputusan Kedah semasa saya menulis artikel ini ialah BN 20, PR 12 dan ada lagi yang masih belum diumumkan secara rasmi.

BN kali ini, tidak seperti dulu, dia akan 'guna otak' dan belajar daripada kesilapan. Melainkan kalau dia bangang sangat mengekalkan keadaan asalnya. Saya ramai PAS Kedah melalui jalan sukar...

 
Ramai tokoh besar kalah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din tewas di kerusi Parlimen Arau, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kecundang di Parlimen Pendang, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang tewas kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen Putrajaya dan Naib Presiden PAS yang tewas ialah Salahuddin Ayub tewas kepada calon BN, Datuk Nur Jazlan di Parlimen Pulai.

Ada lagi yang besar tapi tak berapa besar kalah juga, saya tak sebut satu persatu. Semuanya ada sebab dan PAS kena cari sebab itu secara 'detail'. Kaji dan cuba buat suatu perancangan yang lebih baik untuk masa akan datang.

Sebab apa PAS nampak macam celaru sikit untuk PRU kali ini? Ini saya nak bincang secara ringkas. Banyak perkara PAS buat orang luar lihat macam tak 'sempurna'. Saya sebut secara ringkas juga misalnya.

1, Isu menjatuh hukuman kepada ahli, nampak macam tak konsisten.
2. Kepimpinan PAS kadang kala bercanggahan pendapat secara public..
3. Isu-isu agama yang 'nampak' (mungkin tak) macam kendur.
4. Tidak serius pasal moral dan intergriti.
5. pelaksanaan undang-undang Islam nampak macam 'leweh' (tak seriuslah..)

PAS kena kemas konsepnya. Dulu PAS bertanding banyak kali kalah, tapi orang nampak PAS tu solid... sekarang tak solid.. 'menatang apa' tak solid tu aku rasa engkau orang boleh faham!


........
Abbas Mohd Noor
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

Tahniah bekas MB Kedah kerana menangkan BN : by MISAIMERAH

Misai Merah

Tahniah bekas MB Kedah kerana menangkan BN

Saya kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai pru 13 yang dilihat orang Melayu terus menerus jadikan Umno-BN sebagai ibu segala bapak depa.

Ok la tak mau nak cakap panjang saya cuma nak cakap tahniah lah kepada bekas MB Kedah dan bekas segala exconya yang telah berjaya bertungkus lumus menangkan Umno-BN!Dah puas hati la hang pa semua kan?Syok la jadi pembangkang!Tak payah la lagi berebut nak jadi MB

BN Menang di Kedah ada sebabnya!Tak dan nak tulih yang lain sambung kemudian!

4 comments:
BILA SELALU TAK DENGAQ CAKAP INILAH BALASANNYA...PAYAH KALAU MB LEBIH BOS DARI RAKYAT...SEDANGKAN BOS SEBENAQNYA ADALAH RAKYAT...BEREBUT...JANGAN TAK BEREBUT...LEPAIH NI BEREBUT LER PULAK NAK JADI KETUA PEMBANGKANG...

Sudah-sudah la tu bro...

Bagi aku kes Kedah sepenggal ni sama je dengan kes Terengganu sepenggal dulu tu...

Korang dok kata Tuan Guru angkuh la...

Salam tak tengok mata orang la...

Bagi aku itu semua cuma alasan korang je...

Alasan semata-mata.

Tahniah lah kerana berjaya jadi bekas mb...kha..kha..dulu jadi mb huh berlagak macam payau....mangkuk ayun betul...

Skg ni aku xtau nak letak muka kat mana. Selama ini aku berkeras menentang semua kenkawan dan org sekeliling aku yg totok UMNO. Selama beberapa tahun aku cuba menyesuaikan diri berada ditengah2 kelompok mereka yg anti PR. Skg ni masa mereka semua nak tunjal muka aku dan sehingga ini masih tak berani nak bersua muka dengan mereka2 semua. Boleh dikatakan semua yg berada disekeliling menyokong UMNO adalah Melayu dan penyokong PR non Malay. Mungkin selepas ini ku akan dipulau org2 Melayu sekeliling aku dan hanya bergaul dgn bukan Melayu aja

KERAJAAN AZIZAN TUMBANG KERANA KEZALIMAN PADA WARGA KUIN


6 Mei - Kerajaan Azizan tumbang pada PRU 13 kerana kesombongan Azizan dan Jamil (JAZAN) dalam mentadbir KUIN serta banyak melakukan penindasan dan kezaliman kepada warga KUIN. Dalam erti kata lain bikin tak serupa cakap.
Kejatuhan Azizan adalah kerana kezalimanan JAZAN kepada warga KUIN :
- Menggantung pengajian pelajar (belajar fi sabilillah) apabila hanya menegur JAZAN
- Menukar sesuka hati staf yang menegur JAZAN dengan tujuan peti sejuk
- membuat kenyataan media palsu bertujuan menutup kelemahan dan menghina staf KUIN
- Bertindak mahu staf KUIN yang berjuang kebenaran untuk keluar KUIN. Tapi sekarang Jazan yang keluar dari KUIN.
- Melakukan kronisma dan penyelewengan sehingga staf menanggung beban kewangan apabila berlaku masalah pembayar gaji.
- Melakukan double standard dalam pembayar emolumen dan gaji antara kroninya dan bukan kroni.
 
http://beritakuin.blogspot.com/
 

PRU 13 :WAJIB JANGAN UNDI AZIZAN RAZAK

PRU 13 :WAJIB JANGAN UNDI AZIZAN RAZAK 

Punca PAS kalah di Kedah

'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi'

 
Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.
BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi  antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.

Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.

Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.

Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri  dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.

Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.

Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.

"Kita menerima keputusan rakyat dengan hati terluka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.

"Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," katanya.

"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi.

Menteri besar Datuk Seri Azizan tidak hadir sewaktu pengumuman tersebut.

Mohamad Kamar Zaman Deris · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Pemimpin PR telah acapkali memberi jaminan kpd rakyat Msia jika PR menang byk faedah utk semua rakyat akan dilaksanakan spt turun harga petrol, hapus tol, hapus ptptn, turun cukai kereta dsbgnya.. Penyokong PR sudahpun fahami ini & mengundi PR. Tapi masih ada sbhgn besar rakyat yg tidak mahu semua itu hanya semata2 ketaksuban mereka pada BN.. Kita menerima kekalahan ini dgn hati yg terluka tapi kita masih punya iman utk bersabar. 
 
Ketentuan Allah Maha Mengetahui.. Jika sbhgn besar rakyat tidak taksub tetapi inginkan kemudahan & keadilan utk diri serta keluarga, maka pada hari ini kita telahpun dapat mengisi tangki kenderaan kita dgn petrol yang berharga murah...tetapi ianya tidak berlaku dan masih kekal dgn harga lama (yg kita sendiri tidak dpt jangkakan samada turun atau naik slepas ini). mereka suka harga yg mahal walaupun mereka punya wang sedikit... itulah harga diri sbhgn besar rakyat msia.

Betui ka ? 5 tahun bawah Pakatan 'macam-macam hal berlaku'

5 tahun bawah Pakatan 'macam-macam hal berlaku'

 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah berkata pentadbiran Pakatan rakyat yang berlakunya "macam-macam hal" selama lima tahun rakyat menyebabkan rakyat menolak kepimpinan mereka dalam pilihan raya ke-13 umum semalam.

Susulan itu, katanya, rakyat juga telah hilang keyakinan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, sekaligus membuat keputusan untuk memilih BN.

NONEDalam pilihan raya semalam, BN berjaya memperolehi 21 kerusi manakala Pakatan mendapat 15 kerusi.

"Rakyat dapat lihat dan merasai pengalaman lima tahun bawah pembangkang yang macam-macam hal berlaku... Sudah tentu mereka (rakyat) memberi balik kepada BN.

"Lima tahun adalah jangka masa yang panjang. Rakyat membuat keputusan bijak," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pembentukan kerajaan BN awal pagi ini.

Sambil mengucapkan kesyukuran, beliau yang juga ADUN Bakar Bata berharap pembangkang dapat menerima kekalahan mereka sepertimana Umno menerima kekalahan mereka pada 2008, kerana rakyat telah mengadilinya

Menurutnya lagi, pada awalnya BN mensasarkan sembilan atau 10 kerusi tetapinya bersyukur kerana tercapai apabila mereka kalah lima daripada 15 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

NONE"Jadi jangkaan kita agak tepat," katanya sambil mengakui kecenderungan pengundi Cina yang tidak menyokong BN.

BN kalah di kerusi parlimen Pokok Sena, Kuala Kedah, Alor Setar, Sungai Petani dan Padang Serai - yang mempunyai ramai pengundi Cina antara 17 hingga 28 peratus.

Dalam sidang media berasingan, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata kerajaan Kedah yang bakal dibentuk akan memberi perhatian serius mengenai isu polarisasi pengundian seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang diumumkan bakal menteri besar negeri, menyedari perkara itu dengan menyifatkan polarisasi kaum "membahayakan" dan mendakwa taktik DAP berjaya menimbulkan kemarahan orang Tiong Hua.

"Sebelum ini tidak ada... Jadi (kita) tak mahu polarisasi dan saya yakin BN sentiasa beri perhatian kepada kehendak-kehendak mereka (Cina).

"Kita mesti ada toleransi, kompromi dan tidak boleh menuntut segala-galanya... Di Kedah, kita akan memberi perhatian serius perkara ini ," katanya beliau memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk memilih barisan exco di negeri itu.

KEDAH KEMBALI KEPADA BN : Protes ahli Pas terhdp Ust Azizan dan faktor Mahathir

KEDAH KEMBALI KEPADA BN : Protes ahli Pas terhdp Ust Azizan dan faktor Mahathir

PETIKAN DARI FORUM
habaqmai
Rekrut
Rekrut


Joined: Apr 05, 2008
Posts: 83
PostPosted: Mon May 06, 2013 9:12 am    Post subject: Protes ahli Pas terhdp Ust Azizan dan faktor Mahathir Reply with quote

Punca Pas kalah di Kedah.


Ahli Pas sendiri sabotaj parti
--
buaya_putih
Prebet
Prebet


Joined: Jul 10, 2010
Posts: 157
PostPosted: Mon May 06, 2013 9:18 am    Post subject: Reply with quote

org kedah kan sokong bola.dah jatuh liga perdana dh..dia nak bola lagi dari bulan.....patut 4 tahun lepas bagi siap2 bola kat umno mcm kelantan buat


bijigetah
VeteranTKO
VeteranTKO


Joined: Jan 31, 2008
Posts: 1013
Location: Didalam Rahmat dan Redha Allah insyaallah.
PostPosted: Mon May 06, 2013 9:18 am    Post subject: Reply with quote

DI Kedah jika diperhalusi dengan gelombang sambutan rakyat negeri dari maklumat yang diterima, aspek utama yang mungkin menyebabkan PAS gagal kekal adalh sebab penyebaran berita yang tidak menyeluruh.

Biasa la media TV mana nak benarkan berita benar di sana. Berita provokasi ada la keluar.

Penyebaran maklumat disana perlu diperbaiki. Orang kg tak dapat berita yang benar sepenuhnya.

wallahu a'lam
_________________
"ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI WASOHBIHI WASALLIM"
"KALIMAH الله ADALAH TERTENTU BAGI الله " 
abanghensem
Sarjan
Sarjan


Joined: Aug 19, 2007
Posts: 1190
PostPosted: Mon May 06, 2013 9:25 am    Post subject: Reply with quote

dah lama aku ingatkan... kedah pas pegang tak sampai spenggal lagi..... jangan selesa sangat..... jangan buat kontroversi.... tapi aku peratikan banyak isu dibiar tergantung camtu je..... meleret-leret lama..... rakyat dok perati..... bukan senang nak jaga hati rakyat.....
abuadil_alkaff
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I


Joined: Jun 30, 2007
Posts: 3869
Location: pondok salafi
PostPosted: Mon May 06, 2013 10:50 am    Post subject: Reply with quote


fisabilillah wrote:
AnakTokSiak wrote:
PR BANYAK KALAH DI KAWASAN PEDALAMAN....

PUNCA BESAR IALAH PERANAN TV YANG BIJAK MEMANIPULASIKAN PELBAGAI ISU...

Orang kampung dan pedalaman hanya bergantung kepada tv semata-mata. Lepas makan tv. Lepas itu, tv. Lepas ini, tv. Jadi segala-galanya tv. Segala keburukan musuh diada-adakan dan dipaparkan. Segala kebaikan diri-sendiri digembar-gemburkan. Semua isu ini akan melekat dan diterjemahkan di atas kertas undi.

Untuk memiliki stesen tv sendiri, rasanya tak termimpi. Oleh itu PR perlu memikirkan sesuatu untuk menangani masalah. Pendekatan lain perlu dicari..

Tahniah kepada semua yang bergerak membantu jentera PR, walaupun cara yang berbeza tapi maltlamat yang sama.......


Cantik dan sgt bernas pdngan sdr!
Memang sgt benar UMPORNO menguasai kawasan especially majoriti melayu di rural area tetapi urban area umpama di Selangor tidak sama sekali.
bagaimana pulok kemenangan pakatan sebelum ini, sedangkan UMNO juga kuasai 3M?

bagi ambe berbalahan berterusan antara phahrolrazi dan ustaz azizan memang merupakan antara faktor utama hingga penyebaran dan pengukuhan fikrah islam (sengehaja ambe guna istilah ini) di kedah diabaikan...

lebih malang, saat2 akhir sebelum parlimen dibubar, ir phahrolrazi dikurung? bukankah ini membuktikan pimpinan pas kedah tak layak menang? alangkah baguih jika semua wakil2 rakyat dikurung dan dilepaskan setelah selesai pru?
pendang yg telah acapkali dikuasai PAS pun tewas? bahkan mat sabu, tim presiden yg diletakkan. apakah tim presiden pas sebnarnya tiada nilai di kalangan pengundi seperti LIM KIT SIANG? saifudin nasution pun begitu...

penyelesaian awal dan segera: rombak pimpinan pas kedah, dan wujudkan gelanggang muay thai untuk mereka asah bakat!!

abuadil_alkaff
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I


Joined: Jun 30, 2007
Posts: 3869
Location: pondok salafi
PostPosted: Mon May 06, 2013 11:00 am    Post subject: Reply with quote

apakah mat sabu tidak dilihat ummah islam di malaysia sebagai tokoh mereka tak kira pas atau umno? lain sekali dengan LKS, dimana2 orang china melihatnya sebagai tokoh mereka.
kes yg sama dengan dr haron din. sicabul kata dan kota shahidan skrap pun boleh menang. apakah orang perlis yg terkenal sebagai puak sunnoh/wahabi tidak menerima atau jahil islam secara majoriti?
jahatnye janda jaya?

atau mat sabu hanya keseronokan orang pas saja?
skdr cuba melihat berbagai sudut pandangan..

Tetamu
Veteran-TKO
Veteran-TKO


Joined: Apr 02, 2005
Posts: 1008
Location: Malaysia
PostPosted: Mon May 06, 2013 11:06 am    Post subject: Reply with quote

Faktor ini juga harus diambil kira:

Terdapat utz2 dari ISMA beritahu..

Banding antara Pas dgn kerajaan sedia ada sebelum pru13.. Mereka ckp JIka Pas memerintah..Syiah akan naik..

LAGi teruk jika Pas memerintah banding umnok..KATA mereka. Sila selidik betul2 apa yg mereka ckp.. tu

Kadang2 sedih jugak..

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=9885&postdays=0&postorder=asc&start=15

bagi admin : SELAIN FAKTOT DI ATAS... sebenarnya undi cina di KEDAH tidak berpihak kepada PAS dan PR di DUN sebab itu PR kalah di dun seperti kulim bandar baharu sedangkan orang PAS memangkah calon PR

selain itu Faktor penolakan bekas MB dari kumpulan2 ahli PAS dan Kaum cina merupakan faktor penting.

Masyarakat India seperti dimaklumi banyak yang meninggalkan PR

MB BARU KEDAH DIJANGKA ANGKAT SUMPAH TERAWAL

Isnin , 6 May 2013

3.30 PETANG INI MB BARU KEDAH DIJANGKA ANGKAT SUMPAH TERAWAL

6 Mei - Petang ini jam 3.30 petang dijangka Menteri Besar baru Kedah akan menangkat sumpah setelah BN mendapat majoriti mudah mengalahkan pakatan rakyat dalam PRU 13 di Istana Anak Bukit. Menurut sumber media mengatakan Datuk Mukhriz Mahathir akan mengangkat sumpah tersebut.

Dengan berlangsungnya Majlis Angkat Sumpah ini maka episod baru wajah KUIN akan bermula selepas kakitangan KUIN menderita di bawah pemerintahan JAZAN.

http://beritakuin.blogspot.com/2013/05/330-petang-ini-mb-baru-kedah-dijangka.html


TAHNIAH kepada KERAJAAN BARU MALAYSIA dan KERAJAAN BARU NEGERI


 TAHNIAH kepada KERAJAAN BARU MALAYSIA dan KERAJAAN BARU NEGERI diharap dapat menunaikan AMANAH dengan LEBIH TELUS dan LEBIH MESRA RAKYAT... Ingatlah RAKYAT MALAYSIA kini BIJAK dan SENTIASA MEMBUAT PENILAIAN kepada PRESTASI ANDA!!
 
BN menang, Mukhriz bakal MB Kedah
Wartawan Sinar Harian
6 Mei 2013
Mukhriz Tun Dr Mahathir
Mukhriz Tun Dr Mahathir
 
ALOR SETAR - Datuk Mukhriz Mahathir hampir pasti dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebagaimana yang diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

Bagaimanapun pelantikan Mukhriz sebagai menteri besar perlu mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pelantikan Mukhriz dijangka dibuat setelah Barisan Nasional memenangi 21 daripada 36 kerusi Dun sehingga jam 12 malam tadi.

Pakatan Rakyat pula memenangi 15 kerusi yang mana jumlah Dun Kedah adalah 36 kerusi.


Mukhriz yang sebelum ini Ahli Parlimen Jerlun berjaya menewaskan penyandang kerusi Dun Ayer Hitam dari Pas, Abdul Ghani Ahmad.

Analisis awal Pilihanraya umum 2013 #ge13 #pru13

PRU13: Tsunami masyarakat Cina
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
6 Mei 2013
Kerusi Parlimen
Kerusi Dun
BERJAYA namun kecundang!
 
Mungkin strategi 'winnable candidates' yang dicanangkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) tidak menjadi dan silap percaturannya. 
 
Walaupun BN berjaya membentuk kerajaan Pusat, namun jumlah kerusi yang dimenangi nyata merosot berbanding PRU lalu. 
 
BN menang 133 kerusi, berbanding 2008 dengan 140 kerusi. 
 
Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk selepas 2008, pula walaupun berjaya menambah sembilan bilangan kerusi kepada 89 kesemuanya, kekecewangan kalangan pimpinan dan penyokong apabila impian ke Putrajaya tidak kesampaian. 
 
Walaupun ramai yang menyebut Pilihan Raya Umum-13 (PRU13) adalah "peperangan" untuk pengundi Cina yang inginkan perubahan namun kemaraaan mereka masih gagal merobohkan benteng Umno-BN di Putrajaya. 
 
Analisis awal pemerhati mendapati, Melayu bandar juga menolak BN sama seperti pengundi Cina. 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan PRU13 sebagai "tsunami masyarakat Cina". 
 
Mujur Sabah dan Sarawak banyak membantu memenangkan BN di peringkat Persekutuan seterusnya membentuk semula kerajaan. 
 
Selain daripada kejutan beberapa nama-nama besar terutama dalam BN yang tewas dalam PRU kali ini, negeri yang dijangka dirampas kembali oleh parti itu berjaya menjadi kenyataan. 
 
Kedah yang pada 2008 ditawan Pas kini kembali di bawah BN sekaligus meniupkan persepsi,anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
 
Bagaimanapun tiga negeri lain di bawah PR - Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sukar diganggu-gugat oleh BN.
 
Meskipun begitu,empat Menteri Kabinet tewas dalam PRU kali ini.
 
Mereka ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok.
 
Mengejutkan juga apabila bekas Menteri Besar Johor tewas di tangan pemimpin DAP dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam kalah kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Parlimen Bukit Katil. 
 
SPR semalam mengesahkan lebih 80 peratus pengundi seluruh negara keluar mengundi sehingga jam 5 petang.
 
Peratusan paling tinggi yang dicatatkan setakat ini. Jumlah pengundi berdaftar bagi PRU13 ialah 13.3 juta. 
 
Walaupun dilaporkan beberapa insiden seperti tertangkapnya beberapa pengundi "hantu" di beberapa pusat pembuangan undi, isu dakwat kekal yang tidak kekal, namun secara purata proses pilihan raya semalam berjalan lancar. 
 
Seratus hari bermula hari ini, negara sekali lagi bakal menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam proses pentadbiran negara. 
Semoga segalanya berjalan lancar dan diharap agar hari ini dan masa hadapan, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih baik
*sinar

Prestasi BN Kedah : Keputusan rasmi dan rasmi Dun dan Parlimen Negeri Kedah



Keputusan rasmi dan rasmi Dun dan Parlimen Negeri Kedah


Parlimen Langkawi - Nawawi Ahmad (Menang )
Ayaq Hangat - Mohd Rawi (Menang )
Kuah - Nor Saidi (Menang )

Parlimen Jerlun - Othman Aziz (Menang )
Kota Seputih - Abu Hassan Sharif (Menang )
Ayaq Hitam - Mukhriz Mahathir (Menang )

Parlimen Kubang Pasu - Johari Baharom (Menang rasmi)
Bkt Kayu Hitam - Zaini Jaafar (Menang rasmi)
Jitra - Amiruddin Omar (Menang rasmi)

Parlimen Padang Terap - Mahadir Khalid (Menang )
Kuala Nerang - Badrul Hisham (Menang )
Pedu - Pn Kama Noriah (Menang )

Parlimen Pokok Sena - Sahlan Ismail (Kalah Rasmi)
Bukit Lada - Lebai Sudin (Menang )
Derga - Cheah Soon Hai (Kalah Rasmi)
Bukit Pinang - Mokhtar Noor (Kalah Rasmi)

Parlimen Alor Setar - Chua Che Heong (Kalah Rasmi)
Bakar Bata - Ahmad Bashah (Menang )
Kota Darulaman - Loo Gim Hui (Kalah Rasmi)
Alor Mengkudu - Sharifah Maznah (Kalah )

Parlimen Kuala Kedah - Dr Zaki (Kalah )
Anak Bukit - Hashim Jahaya (Kalah )
Kubang Rotan - Latt Shariman (Kalah )
Pngkalan Kundur - Pn Nor Hashitah (Kalah )

Parlimen Pendang - Othman Abdul (Menang rasmi)
Tokai - Najmudin Darus (kalah)
Sg. Tiang - Suraya Yaakub (Menang Rasmi)

Parlimen Jerai - Jamil Khir Baharom (Menang )
Sg Limau - Fadzilah Mohd Ali (Kalah)
Guaq Chempedak - Ku Rahman (Menang )
Gurun - Dr Leong (Menang )

Parlimen Sik - Mansur Abd Rahman (Menang)
Belantik - Tajudin Abdullah (Menang)
Jeneri - Mahadir Abd Hamid (Menang)

Parlimen Merbok - Ismail Daud (Menang)
Bukit Selambau - Maran Muthaya (Belum sedia)
Tanjung Dawai - Tajol Urus (Menang )

Parlimen Sg Petani - Shamsul Anuar (Kalah)
Pantai Merdeka - Ali Yahaya (Menang)
Bakar Arang - Lee yuan yuang (Kalah)
Sidam - Pee Siong Heng (Kalah)

Parlimen Baling - Azeez Rahim (Menang )
Bayu - Azmi Che Husin (Menang )
Kupang - Harun Abd Aziz (Menang )
Kuala Ketil - Khairul Azhar (Kalah )

Parlimen Padang Serai - Heng Sai Kee (Kalah)
Merbau Pulas - Marlia Abd Latif (Kalah )
Lunas - Ananthan Sumasunderam (Kalah )

Parlimen Kulim Bdr Bharu - Aziz Shiekh Fadhil (Menang rasmi)
Kulim - Chua Teong Kee (Menang )
Bdr Baharu - Sabrina Mohd Noor (Menang )

BN 21  - PR 15 keputusan akhir!

Sunday, April 21, 2013

Replika Helikopter... Kreatif Sungguh Kempen PAS & Orang-Orang Kedah Nie

Tahukah Anda Di Kedah, Orang Ramai Terpaksa Beratur Panjang Untuk Dapat Masuk Ke Dalam Replika Helikopter Ini Dan Menangkap Gambar Untuk Dijadikan Kenangan... Kreatif Sungguh Kempen PAS & Orang-Orang Kedah Nie... ::.kikiki.::
Tahukah Anda Di Kedah, Orang Ramai Terpaksa Beratur Panjang Untuk Dapat Masuk Ke Dalam Replika Helikopter Ini Dan Menangkap Gambar Untuk Dijadikan Kenangan... Kreatif Sungguh Kempen PAS & Orang-Orang Kedah Nie... ::.kikiki.::
 
Sapa tau Parlimen dan DUN mana nie? cer teka