Sunday, April 21, 2013

Replika Helikopter... Kreatif Sungguh Kempen PAS & Orang-Orang Kedah Nie

Tahukah Anda Di Kedah, Orang Ramai Terpaksa Beratur Panjang Untuk Dapat Masuk Ke Dalam Replika Helikopter Ini Dan Menangkap Gambar Untuk Dijadikan Kenangan... Kreatif Sungguh Kempen PAS & Orang-Orang Kedah Nie... ::.kikiki.::
Tahukah Anda Di Kedah, Orang Ramai Terpaksa Beratur Panjang Untuk Dapat Masuk Ke Dalam Replika Helikopter Ini Dan Menangkap Gambar Untuk Dijadikan Kenangan... Kreatif Sungguh Kempen PAS & Orang-Orang Kedah Nie... ::.kikiki.::
 
Sapa tau Parlimen dan DUN mana nie? cer teka

MENANTI AZAN - A. Samad Said

MENANTI AZAN


Sungguhlah becok kicau sang pipit
‘tika tapak dan tangga bergeser.
Apa nan diucap amat tertib
‘tika bibirku ranum berzikir?

Kicau bergugus salam nan merdu,
kadang mengiring langkah uzurku.
Riak di kolam, pancur berseru~
indah di masjid memang begitu!

Atas sejadah masih diriku
menanti azan mesra berseru.

PRU 13: betulkah Undi orang muda bakal jadi penentu?



Oleh MOHAMED NAWAB MOHAMED OSMAN

Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei, 2013 nanti dijangka menyaksikan saingan paling sengit sejak merdeka antara Barisan Nasional yang memerintah dengan gabungan pembangkang. Satu kumpulan penting yang akan mempunyai pengaruh signifikan terhadap keputusan pilihan raya nanti ialah pengundi muda yang merupakan 30 peratus daripada keseluruhan pengundi.
Gabungan yang dapat menarik sokongan pengundi muda bakal menawan beberapa buah negeri dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya. Pengundi muda dalam hal ini mungkin akan menjadi penentu masa depan politik Malaysia. Persaingan untuk undi orang muda boleh difahami dengan lebih jelas lagi melalui analisis pecahan pengundi berdasarkan umur. Angka Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan 70 peratus daripada 4.2 juta pengundi tidak berdaftar ialah mereka yang berumur antara 21 hingga 40. Sekitar 450,000 orang mencapai umur 21 tahun setiap tahun, usia layak mengundi. Pada 2008, pengundi muda berperanan penting dalam mengalihkan undi kepada parti-parti pembangkang. SPR telah mendaftarkan 2.4 juta pengundi baharu sejak setahun lalu, atau 30 peratus daripada jumlah yang layak mengundi.
Satu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 48 peratus pengundi kali pertama belum memutuskan untuk mengundi mana-mana parti. Tinjauan ini juga menunjukkan perbezaan tipis sokongan kepada kedua-dua gabungan (BN pada 42 peratus dan Pakatan Rakyat pada 37 peratus), corak pengundian pengundi atas pagar ini bakal menjadi penentu keputusan pilihan raya. Ini menjadikan undi orang muda semakin penting. Perkembangan ini dilatari peningkatan usaha kedua-dua gabungan BN dan PR untuk memenangi pengundi muda.
Kerajaan BN telah melaksanakan beberapa siri langkah populis bermatlamat menarik sokongan pengundi belia. Contohnya pada Disember 2012, kerajaan menyediakan rebat RM200 untuk telefon pintar. Kemudian, kerajaan telah mendapatkan artis popular Korea Selatan, Psy untuk membuat persembahan di majlis Tahun Baharu Cina BN di Pulau Pinang yang ditadbir DAP. Pemimpin BN berharap kegilaan terhadap penyanyi pop Korea itu boleh menarik undi untuk BN.
PR juga secara aktif mensasarkan pengundi muda melalui beberapa dasar populis. Antaranya ialah tawaran pendidikan percuma, mengurangkan harga kereta, pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi dan mengurangkan harga rumah. Hakikat bahawa kedua-dua BN dan PR mula meletakkan lebih ramai calon muda juga menunjukkan peningkatan kepentingan undi orang muda.
Satu tinjauan oleh Yayasan Asia bertajuk Tinjauan Belia Nasional 2012 menyediakan beberapa gambaran menarik pemikiran politik belia Malaysia. Ramai orang muda cenderung untuk tidak melihat politik melalui kaca mata agama dan kaum. Lebih daripada 71 peratus pengundi muda menunjukkan kecenderungan kepada parti politik yang berbilang kaum dan oleh itu mewakili kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik dan agama.
Orang muda juga mungkin lebih prihatin terhadap keadaan ekonomi secara umum seperti pekerjaan, inflasi dan keselamatan. Kebanyakan belia (sekitar 60 peratus) berpendapat kerajaan sekarang agak berjaya menangani soal ini. Walau bagaimanapun, semakin ramai yang bimbang dengan isu korupsi dan kronisme.
Berdasarkan sikap politik dan pemikiran ramai belia Malaysia, beberapa kesimpulan boleh berhubung corak pengundian mereka. Pertama, pendekatan PR yang lebih berbentuk pelbagai kaum boleh menarik orang muda. Strategi Umno berkempen dengan mengutarakan amaran tentang “ancaman” daripada etnik minoriti negara sekiranya PR membentuk kerajaan akan datang mungkin akan mencetus tindak balas negatif kepada parti pemerintah itu. Ini mungkin akan menyebabkan pengundi muda menjauhkan diri daripada pemerintah dan menyebabkan kehilangan undi mereka di kerusi negeri dan parlimen yang penting.
Kedua, kelemahan kerajaan Malaysia menunjukkan keberhasilan dalam menghapuskan korupsi dan kronisme dalam sistem politik bakal menyebabkan pakatan pemerintah kehilangan undi orang muda. Ketiga, sejumlah pengundi muda mungkin akan terus menyokong BN walaupun mereka tidak berpuas hati dengan beberapa aspek urus tadbirnya, kerana percaya yang kerajaan sedia ada masih pilihan terbaik dalam memastikan kemakmuran ekonomi dan keharmonian masyarakat yang telah dinikmati selama ini.
Undi orang muda mungkin menjadi lebih penting di beberapa kawasan yang sengit. Di negeri barisan hadapan seperti Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perak yang menyaksikan persaingan sengit, undi orang muda penting dalam menentukan pemenang. Di Selangor, negeri yang BN berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PR, lebih 600,000 pengundi baharu telah didaftarkan. Corak pengundian pengundi-pengundi ini (yang sebahagian besarnya kemungkinan masih muda) boleh menjadi penentu pemenang. Hal yang sama juga disaksikan di Negeri Sembilan, negeri yang PR memerlukan pertambahan hanya empat lagi kerusi negeri untuk memperolehi majoriti mudah.
Hujah bahawa undi orang muda sahaja mampu menentukan keputusan pilihan raya umum mungkin sesuatu yang berlebihan, tetapi BN berpotensi kehilangan kuasa buat kali pertama sekiranya majority besar pengundi muda dan pengundi Cina sama-sama mengundi pembangkang. Maka, pengundi muda Malaysia menjadi semakin penting dan mampu untuk menjadi factor penentu keputusan pilihan raya. Berdasarkan perkembangan ini, dijangka kedua-dua gabungan parti akan bekerja keras mendapatkan undi penting daripada orang muda dalam peringkat terakhir kempen pilihan raya kali ini.
Mohamed Nawab Mohamed Osman ialah felo penyelidik di Program Malaysia dan Program Islam Kontemporari, di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Artikel ini ialah terjemahan komentar bertajuk The Youth Vote in GE 2013: Kingmakers in the Making? terbitan RSIS Commentaries.  

PRU 13: DAP kekal parti Cina - http://siasahdaily.blogspot.com/


DAP, parti didominasi etnik Cina dalam gabungan Pakatan Rakyat terus menunjukkan sifatnya sebagai parti yang sektarian dan sukar menyesuaikan diri dengan retoriknya sendiri yang menolak perkauman.

Sepanjang sejarah, DAP bersaing paling utama dengan MCA merebut pengundi Cina, dan sehingga hari ini sukar menunjukkan sikap atau imej lebih inklusif.

Orang kuat parti itu, Lim Kit Siang yang kini menjawat jawatan penasihat, bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, yang lebih 50 peratus pengundinya terdiri daripada kaum Cina.

Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya, pengundi Gelang Patah terdiri daripada 53 peratus Cina, 34 peratus Melayu dan 12 peratus India.

Hal ini jelas menunjukkan pertimbangan sokongan Cina yang dijangka dapat diperolehi oleh DAP, ketika pengaruhnya berbanding MCA sedang meningkat dan bakal menjadi wakil utama suara masyarakat Cina dalam politik Malaysia.

Perkembangan terkini hasrat Lim bertanding di Gelang Patah jelas menunjukkan pertimbangan kaum yang sangat tinggi pada parti DAP, ketika parti-parti lain telah lama menunjukkan kesediaan menjadi lebih terbuka.

Pertengkaran panas Lim dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu bertanding di Parlimen Gelang Patah menjelaskan lagi perkiraan faktor kaum yang diambil oleh DAP.

Mahathir dalam satu catatan ringkas di blognya menjelaskan apa yang dilihat sebagai perkiraan DAP dalam memutuskan untuk bertanding di Gelang Patah, yang menurutnya, "Jelas sekali disebabkan majoriti (pengundi) Gelang Patah ialah kaum Cina."

Lim menolak kenyataan Mahathir itu, yang didakwa bersifat menghasut dan dalam satu tulisan di blog menggesa Mahathir ditahan dan didakwa.

Sifat Lim didedahkan melalui kenyataannya menyelar MCA kerana menyerahkan kerusi Gelang Patah kepada parti Melayu Umno, dengan membuat andaian bahawa sekiranya MCA menyerahkan Gelang Patah kepada Umno, kerusi-kerusi MCA yang peratus pengundi Cina bawah 52 peratus juga perlu diserahkan kepada Umno.

Umno bakal meletakkan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman untuk berdepan Lim di kerusi itu.

DAP mudah mengambil pendirian kritikal terhadap parti-parti Cina lain dengan mengambil kira pengaruh parti-parti tersebut berbanding sekutu mereka, Umno.

Kritikan terhadap pentadbiran Dr Koh Tsu Koon di Pulang Pinang sejak lama dulu ialah dakwaan tidak mempunyai kuasa sewajarnya, yang paling jelas diperlihatkan melalui satu kempen menuntut "chief minister with power," satu kritikan kepada ketua menteri dari Gerakan itu yang didakwa dikuasai Umno.

PRU 13 : Muhasabah 3 Syarat Agar Kempen Diterima Amalan Soleh


Open Artikel Oleh: al-bahanj

"Saya sangat jarang bercakap tentang politik walaupun politik itu sebahagian daripada urusan ummat Islam yang sangat penting.  Di blog ini sangat jarang. 

Di Facebook sangat jarang.  Di luar juga sama.  Namun, sempena musim pilihanraya ini, saya selalu bercakap tentangnya terutama di blog dan di Facebook.  Maaf jika sahabat-sahabat tidak selesa.  Saya tidak mahu ketinggalan berkempen sama.

Saya berharap dengan bercakap tentangnya, akan timbul kesedaran dan semangat untuk kita sama-sama mengubah landskap politik negara.  Dari buruk kepada yang baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik, in shaa’ ALLAH.  Dan mudah-mudahan ada pahala di sisi ALLAH atas usaha kerdil ini, amin…
Marilah sama-sama kita memainkan peranan.  Sebarkan kesedaran di kalangan kita dan ahli keluarga kita serta sahabat-sahabat kita bahawa negara kita ada peluang untuk memperolehi kesejahteraan yang merata kepada semua masyarakat, bukan hanya kepada kelompok tertentu sahaja.  Kemakmuran negara ini boleh tersebar luas menyentuh setiap kulit dan hati rakyatnya, bukan hanya kepada kumpulan atau keluarga tertentu sahaja.  Dan mudah-mudahan ke arah keredhaan ALLAH, amin…
Kita kempen cara kita.  Cara muslim.  Cara baik berakhlaq.  Cara yang boleh memungkinkan kita dapat pahala dari sisi ALLAH.  Cara yang ALLAH suka dan redha.
Berlumba-lumbalah buat kebaikan!
Berlumba-lumbalah buat kebaikan!
Tiga (3) syarat sesuatu amalan seseorang itu dikira soleh di sisi Islam ialah:
  1. Beriman kepada ALLAH.
  2. Niatnya baik ikhlas kerana ALLAH.
  3. Caranya baik menepati syariat Islam, tidak bercanggah dengannya.
Berimanlah kepada ALLAH dengan sepenuh hati.  Bulatkan hati bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan hanya ALLAH.  Jangan sekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain.  DIA lah Penjaga dan Pentadbir semuanya.  Hendaklah juga beriman dengan MalaikatNYA, Kitab-KitabNYA, Rasul-RasulNYA, Hari Akhirat dan beriman juga dengan ketentuanNYA iaitu qadar dan qadha’NYA.  ALLAH harapan dan tempat bergantung kita semua.
Kemudian luruskanlah niat kita kerana ALLAH dan bulat teguh pengharapan kepada ALLAH akan balasan baik daripadaNYA.  Bukan mengharapkan selain daripadaNYA.  Dan hati hendaklah sentiasa bertawakkal kepadaNYA iaitu menyerahkan semua urusan kepada ALLAH setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar.
Seterusnya, dari segi cara hendaklah jangan sampai melanggar batas-batas syara`.  Ambillah nasihat-nasihat para `ulama bagaimana untuk berkempen kerana mereka faham akan sejarah bagaimana dulu Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan para sahabat radhiAllahu `anhum ajma`in pernah berjuang.  Tiada lain melainkan contoh Nabi lah yang mesti kita ikuti dan ibrahi.  Berakhlaqlah dengan akhlaq yang baik sepanjang berkempen.  Menfitnah, menipu, mengutuk, mencaci, mengeji, melaknat, merasuah, mengadu-domba, bermuka dua dan memutuskan persaudaraan bukanlah cara yang dibenarkan Islam.  Hendaklah taqwa iaitu sedar akan dosa dan pahala ketika melakukan kempen.
Mudah-mudahan dengan tulisan ini, kita mulai sedar bahawa semua usaha yang kita lakukan tidak akan sia-sia selagi memenuhi syarat penerimaan amal menurut Islam.  Semoga usaha kempen kita diterima oleh ALLAH Ta`ala sebagai amalan soleh dan bisa menjadi sebab untuk mendapat rahmat ALLAH pada Hari Akhirat nanti, amin…
Ayuh berkempen!
Fastabiqul khairaat!
- muzir.wordpress.com

Terowong PAS di Kampung Hujung Bandar, SIK



Kreativiti penduduk Kampung Hujung Bandar (KAHUBA) di SIK menghasilkan terowong dengan menggunakan bendera PAS.

Islam : Arnoud van Doorn, Politikus Belanda Yang Anti Islam Akhirnya Memeluk Islam



Mantan anggota Parti Kebebasan, berhaluan kanan dan berfahaman anti-Islam di Belanda, Arnoud van Doorn, telah mengejutkan banyak pihak dengan pengumumannya memeluk Islam baru-baru ini.

Van Doorn yang juga merupakan rakan karib kepada pemimpin parti itu, Geert Wilders, sebelum ini pernah mengakui dia telah keluar daripada parti tersebut pada penghujung 2011.

Menurutnya, dia mahu melakukan perubahan dengan mewarwarkan keputusannya kepada dunia melalui pengucapan kalimah Syahadah yang dimuatnaik di laman Twitter miliknya.

"Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah," katanya dalam laman sosial tersebut.

Van Doorn juga mengumumkan dalam bahasa Belanda bahawa dia ketika ini 'memulakan kehidupan baharu sebagai seorang Islam.'

Dalam wawancaranya bersama Al-Jazeera.net, van Doorn mengesahkan berita mengenai tindakannya itu.

"Sesiapa yang kenal saya secara dekat boleh membuat terkaan terhadap keputusan saya. Lebih setahun saya menperdalami Islam melalui buku dan ceramah.

"Ramai yang terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu mengenai pendirian anti-Islam saya," katanya.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas dia menperdalami Islam tanpa paksaan.

"Kita semua pernah melakukan kesilapan. Namun, saya melihat setiap pengalaman hidup ada sebabnya yang tersendiri dan pengalaman saya sangat berkait rapat dengan keputusan saya lakukan," katanya. - AGENSI



Analisis PRU-13: Kata Orang Utusan Malaysia

Analisis PRU-13: Selatan Kedah penting untuk BN

SEBELUM Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), kawasan di selatan Kedah yang merangkumi Parlimen Merbok, Sungai Petani, Baling, Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Namun, atas sebab-sebab tertentu, kerusi Parlimen terbabit beralih ke tangan pembangkang. Begitu juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Daripada 12 yang dipertandingkan, BN hanya mampu menang di Bayu, sementara selebihnya disapu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
Dalam PRU-13 ini pula, 'suhu politik' selatan Kedah tetap panas.
Ia menyaksikan persaingan sengit antara calon yang mewakili parti-parti besar, yakni BN, PKR dan Pas selain calon parti kecil seperti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa).
Kehangatan itu ditambah lagi dengan kehadiran ramai calon Bebas yang mencuba nasib. Keadaan ini menjadikan beberapa kerusi di Kedah selatan sebagai medan pertembungan calon-calon antara tiga hingga enam penjuru.
Mendahului senarai berkenaan adalah di DUN Sidam yang menyaksikan pertembungan enam penjuru- yang paling banyak di Kedah.
Selain BN yang mempertaruhkan muka baharu, Bee Seiong Heng, turut bertanding ialah Dr. Robert Ling Kui Ee (PKR), Vincent Uh Chorng Von (KITA) dan masing-masing tiga calon Bebas iaitu Zamil Ibrahim, Tan Hock Huat serta Ooi Beng Kui.
Bagi kerusi Parlimen pula, Padang Serai mencatatkan pertembungan lima penjuru antara bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie (BN); Naib Presiden Parti PKR, N. Surendran; penyandang kerusi berkenaan, N. Gobalakrisnan (Bebas), Hamidi Abu Hassan dari Berjasa dan seorang lagi calon Bebas, Othman Wawi.
Di samping itu, Parlimen Sungai Petani menyaksikan pertandingan empat penjuru manakala di DUN Bukit Selambau, lima penjuru.
Untuk rekod, kerusi DUN Bukit Selambau pernah menyaksikan calon paling ramai bertanding iaitu dalam Pilihan Raya Kecil pada 7 April 2009 melibatkan pertembungan 15 penjuru sehingga memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencetak kertas undi dalam saiz lebih sebesar A4.
Kemunculan ramai calon Bebas ini dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati daripada kalangan mereka yang merajuk kerana tidak dipilih oleh parti.
Ada juga melihat kemunculan calon Bebas adalah untuk memecahkan undi dan memberikan kelebihan kepada parti-parti tententu.
Apapun, kemunculan calon bertanding banyak penjuru ini sudah tentu mampu menggugat kedudukan calon parti utama yang bertanding seperti BN dan pakatan pembangkang.
Bagi BN, kawasan selatan Kedah sememangnya dianggap penting kerana jika berjaya merampas kembali kawasan itu, peluang untuk membentuk kerajaan negeri amatlah tinggi.
Dengan kata lain, BN perlu memenangi seberapa banyak mungkin daripada 12 kerusi DUN yang dipertandingkan di kawasan Kedah selatan. Buat masa ini, kekuatan BN terletak di 17 kerusi DUN kawasan Kedah utara, sementara tujuh kerusi lagi di Kedah tengah dengan peluang 50-50. Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dan 15 Parlimen.
Hakikat kepentingan kerusi-kerusi di selatan Kedah ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap dalam Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian-bahagian Kedah Selatan di Baling pada 30 Ogos tahun lalu.
Menurut Pengerusi BN itu, jika kerusi kawasan Kedah selatan berjaya ditawan, sudah pasti Kedah akan menjadi milik BN pada kali ini.
Malah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengakui perlunya bagi BN memenangani kerusi di kawasan selatan Kedah. Dr. Mahathir yang kerap turun padang berkempen di negeri Kedah sejak akhir-akhir ini juga mengulangi pesanan yang sama.
Jika ditanya kenapa orang Kedah selatan sebelum ini banyak memihak pembangkang? Sudah tentu banyak jawapan yang boleh diberikan.
Berdasarkan pemerhatian rambang penulis, faktor demografi pengundi merupakan salah satu petanda penting. Umum tahu, di selatan Kedah, purata pengundi daripada kaum Melayu, Cina dan India berada pada tahap hampir sama rata.
Di samping itu, ramai di kalangan pengundi di kawasan Kedah tengah terutamanya di bandar-bandar besar seperti Sungai Petani dan Kulim terdiri daripada golongan kelas menengah yang dilihat bersifat 'atas pagar'.
Golongan atas pagar ini akan membuat pertimbangan memilih calon bukan sahaja berdasarkan dasar yang dibawa parti tetapi melihat visi atau keperibadian calon.
Satu lagi faktor adalah kecenderungan pengundi 'terpengaruh' dengan prospek pembangkang di kawasan berjiranan dengan mereka iaitu kerajan DAP di Pulau Pinang. Tambahan pula ramai dalam kalangan penduduk Kedah selatan bekerja dan ulang-alik setiap hari ke Pulau Pinang.
Mengambil kira faktor tersebut, sudah tentu, pengundi kawasan selatan Kedah akan fikir 'berkali-kali' sebelum membuang undi.
Justeru, jentera BN kali ini perlu bekerja lebih gigih daripada biasa. Tempoh kempen yang ada boleh digunakan sebaik mungkin untuk menerangkan kepada pengundi betapa pentingnya sokongan mereka agar BN memerintah semula Kedah.
Jika ini dapat dilakukan, sudah tentu, harapan untuk tukar kerajaan di Kedah akan tercapai. - UTUSAN ONLINE
(Penulis adalah Wakil Daerah Utusan di Sungai Petani)

Sapa suka Bola? boleh caya ka ni? BN boleh kembalikan kegemilangan bola sepak Kedah

BN boleh kembalikan kegemilangan bola sepak Kedah

21/04/2013 7:29pm

JITRA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz berkata, kegemilangan pasukan bola sepak Kedah boleh dikembalikan sekiranya BN berjaya memerintah semula Kedah.
Bekas pengurus pasukan Kedah hari ini berkata, antara faktor yang menyebakan skuad Kenari berprestasi hambar ketika ini dan terpaksa bermain di Liga Perdana kerana tidak mendapat sokongan dan perhatian sewajar kerajaan negeri pimpinan Pas sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.
Kedah pernah gah dengan menjulang tiga piala Liga Malaysia dua musim berturut-turut pada 2006/2007 dan 2007/2008.
Othman berkata, usaha membangunkan bidang sukan negeri memerlukan sokongan kuat semua pihak khususnya pemimpin atasan. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/
Hakcipta terpelihara

BN Boleh Kembalikan Kegemilangan Bola Sepak Kedah

Kegemilangan Bola Sepak Kedah Boleh Dikembalikan?

Jerai - Bekas Timb Pengarah Pej Pembangunan Negeri Kedah serah borang ahli seumur hidup PAS kepada MB



- Tuan Haji Abdul Halim Bin Said -

Jawatan Terakhir Beliau ialah Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah di Bawah Jabatan Perdana Menteri

Pengalaman Bekerja :

Beliau pernah bekerja di bawah beberapa buah kementerian antaranya :

1- Kementerian Perdagangan Antarabangsa
2- Kementerian Pertanian
3- Kementerian Luar Bandar & Pembangunan Wilayah

Tanggal 20 April 2013, Beliau telah menyerahkan borang menjadi ahli pas seumur hidup kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Bin Abdul Razak

facebook :YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar

PRU 13 : 'zon perang' Anak Bukit!

Awas, anda memasuki 'zon perang' Anak Bukit!
 
Awas, sekiranya anda memasuki DUN Anak Bukit, Kuala Kedah - anda mungkin diperhatikan. Jika anda tersilap langkah, anda mungkin diserang hendap!

ge13 war zon in kedahBegitulah 'situasinya' jika pengunjung atau pengundi yang melalui kawasan DUN Anak Bukit - bermula di sepanjang simpang empat di Mergong hingga sempadan Kubang Pasu.

Bermula dari situ, ia merupakan kawasan 'zon perang', di mana orang ramai bakal menyaksikan hasil kreatif jentera parti ge13 war zone kedah 2Pakatan Rakyat dan BN membuat replika kenderaan perang sempena pilihan raya umum 5 Mei ini.

Tinjauan Malaysiakini, di Kampung Mergong - tidak jauh dari simpang empat, sebuah pondok panas PAS mempamerkan kekuatan 'senjata perang' mereka.

Mereka membuat replika ge13 war zone kedah3kereta kebal, pesawat pejuang, motosikal penggempur yang diperbuat daripada buluh dan barang terpakai.

Kesemua jentera penggempur itu dibaluti bendera gabungan Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP.

Mereka meletakkannya di kawasan yang ge13 war zone kedah4berhampiran pondok panas, dan kelihatan beberapa orang anak sedang menyiapkan jentera perang yang lain dengan menggunakan buluh.

Kelengkapan perang itu menghalakan muncung kereta kebal ke arah seberang jalan - yang merupakan kawasan BN, dan jentera 'menunggu ge13 war zones kedah 5semboyan' dibunyikan untuk melancarkan serangan pada bila-bila masa.

"Abang, wartawan mana?... Oh, Malaysiakini. Nak siarkan gambar (jentera perang) ni bila?... Pilih gambar yang elok-elok sikit," usik seorang petugas.

ge war zone kedah 7Bertentangan dengan pondok panas itu - di kawasan BN - penyokong parti itu juga tidak mahu mengalah bahkan menyiapkan jentera perang mereka.

Mereka mempamerkan jet pejuang, meriam dan helikopter penggempur dan diletakkan berdekatan kubu kuat PAS di seberang jalan.

NONEKesemua peralatan perang sudah bersiap sedia, dan dibuat dengan peralatan terpakai seperti buluh dan tayar serta dibaluti dengan bendera dacing dan Umno. Berada di situ, tidak ubah seperti 'zon perang'.

Di Kg Padang Lalang pula, pengunjung jangan terkejut, jika seorang ge13 war zone 6'tentera' BN sedang menghalakan muncung senapangnya ke arah anda.

Di pusat daerah mengundi, BN meletakkan replika patung tentera bersenjata  termasuk seorang anggota tentera yang lengkap bersenjata mesin gun dalam kereta kebal serta motosikal penggempur di depan pusat tersebut.

Muncung senjata mereka juga menghala ke kawasan bendang bertentangan dengan pusat tersebut,  seolah-oleh bersiap sedia kemungkinan 'serangan' PAS dari arah kawasan bendang yang terbentang luas di depannya.

Kemudian, pengunjung juga akan sampai ke kawasan perang di Simpang Empat Kuar di mana pondok panas PAS menyiapkan satu replika wau bulan perang besar yang dibaluti dengan bendera PAS.

Tidak jauh dari situ, BN menghiasi pusat mereka - umpama markaz tentera - dengan bendera BN dan Umno, turut menarik minat pengunjung dan pengguna jika mereka ingin ke Jerlun atau Kangar.

Sepanjang jalan itu juga, perang 'panji' bendera BN dan Pakatan Rakyat sudah dipacakkan dan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipasang, khususnya di pokok-pokok yang menghiasi kiri dan kanan jalan raya bagi menunjukkan mood pilihan raya semakin panas.

Timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah akan mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Beliau akan menentang calon BN Datuk Hashim Jahaya.

PRU13: Calon 'kerdil' saingan 'abang besar' di Kedah


 
ULASAN Selepas proses penamaan calon beberapa calon 'kerdil' PAS dan PKR bakal berdepan dengan calon 'abang besar' berpengalaman dan berpengaruh tersendiri dalam persaingan sekurang-kurangnya tiga penjuru di kerusi DUN atau parlimen.

Sekalipun dianggap setara dari sudut jawatan dalam kerajaan, calon PAS DUN Ayer Hitam Abdul Ghani Ahmad dilihat berdepan dengan pengaruh calon BN, Datuk Mukhriz yang dibayangi bayang-bayang ketokohan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, kehadiran bapanya sewaktu penamaan calon pagi tadi, telah menaikkan semangat penyokong dan jentera, malah mendapat sorakan antara yang paling gemuruh berbanding dua lagi calon Umno yang bertanding.

Dalam parlimen Alor Setar, pemimpin muda PAS dan PKR masing-masing berdepan dengan perlawanan tiga penjuru di DUN Alor Mengkudu dan Bakar Bata.

Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya yang mewakili PAS di Alor Mengkudu bakal berdepan dengan bekas exco Kedah berkelulusan agama Datuk Fadzil Hanafi yang bertanding sebagai calon Bebas dan Sharifah Maznah Syed Kassin Barakbah mewakili BN.

Alor Mengkudu sebelum ini diwakili Yang Dipertua pas Alor Setar Dr Ismail Saleh yang kini berpindah dan bertanding di parlimen Jerlun. Dalam pilihan raya umum lalu, beliau menang dengan majoriti 2,247 undi.

Tugas besar perlu ditempuhi Ahmad dengan saingan Fadhil dan Sharifah Maznah yang mempunyai kekuatan dan pengaruh di kerusi tersebut.

Sekalipun kedua-dua pemimpin itu berada dalam satu kapal BN, sekurang-kurangnya penyertaan mereka dapat memecah undi kepada Ahmad sekaligus dilihat menggagalkan usahanya mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara di Bakar Bata, bekas setiausaha akhbar kepada ketua umum PKR, Mohd Eekmal Ahmad turut berdepan situasi sama apabila bersaing dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan calon parti Bersama Jawahar Raja Abdul Wahid.

Ahmad Bashah sudah pasti bertungkus lumus mempertahankan kerusinya - sebagai salah satu syarat untuk merebut kerusi menteri besar. Malah sokongan untuk beliau tidak sedikit di DUN itu, sekalipun menang dengan majoriti 358 undi.

Bagi Eekmal - yang berkelulusan Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) - perlu memperkemas dan memperkukuhkan jentaranya bagi memastikan semua kumpulan masyarakat dan kumpulan ditemuinya bagi menarik sokongan kepadanya.

Bagi peringkat parlimen pula, penyandang kerusi Padang Terap, calon muda Mohd Nasir Zakaria bakal menghadapi serangan dua penjuru apabila ditentang bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan calon Bebas Muhammad Bazli Abdullah.

Dan Mahdzir bukan 'kecil-kecil anak', kerana berpengalaman dalam pentadbiran negeri dan ketua pembangkang di DUN Kedah, sudah pasti memberi taruhan terhebat dalam pilihan raya umum kali ini.

Apatah lagi, isu yang penebangan balak di Padang Terap antara isu yang bakal dimainkan oleh BN dalam tempoh kempen. Beliau dahulunya bertanding di DUN Pedu sebelum berpindah ke parlimen pada pilihan raya umum kali ini.

Naib presiden PKR N Surendran pula akan bersaing dalam pertarungan lima penjuru di kerusi parlimen Padang Serai. Beliau akan ditentang empat calon antaranya bekas timbalan menteri Heng Seai Kie (BN) dan N Gobalakrishnan.

Sememangnya laluan tidak mudah buat peguam muda itu, kerana berdepan dengan pemimpin kerajaan yang mempunyai jentera dan sumber kewangan yang kukuh.

Tetapi ketokohan dan konsisten beliau membela kumpulan tertindas dan membela kaum India tidak mustahil beliau memberi saingan terhebat bagi PKR mempertahankan kerusi itu.

Apatah lagi, penyertaaan N Gobalakrishnan sebagai penyandang sebelum ini turut memberi tamparan hebat kepadanya.

Surendran juga perlu bertungkus lumus menarik sokongan apabila dua lagi calon - Othman Wawi (Bebas) dan Hamidi Abu Hassan (Berjasa) turut kepingin merebutnya.

Di Alor Setar, calon muda PKR Gooi Hsiao Leung akan berdepan dengan tiga calon iaitu menteri kabinet Datuk Seri Chor Chee Heung yang berpengaruh dan sokongannya 'mengakar' untuk mewakili BN bagi mempertahankan kerusinya.

Penyertaan kali kedua peguam muda itu berdepan menteri mungkin dilihat tidak sukar dan mampu memberi saingan kepada Chee Heung apatah lagi telah menjalankan kerja selepas tewas pada pilihan raya umum 2008.

Sekalipun penyertaan calon Berjasa Abdul Fisol Mohd Isa dan Jawahar Raja Abdul Wahid daripada parti BERSAMA, ia dilihat tidak memberi sedikit kesan, kerana umumnya, calon Bebas jarang memberi saingan serius melainkan tokoh besar yang dikenali dalam masyarakat.

Kempen Dr M: 'Dah lima tahun, sudahlah, cukuplah...'


 
BN Alor Setar memulakan kempen sulungnya selepas proses penamaan calon dengan mengundang negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meniupkan semangat kepada ahli dan jentera BN malam tadi untuk menghadapi pilihan raya umum 5 Mei ini.

Kira-kira 300 anggota dan jentera parti itu hadir dalam usaha mereka merampas semula dua kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat - Alor Mengkudu dan Kota Darulaman - sekali gus mempertahankan kerusi parlimen Alor Setar dan DUN Bakar Bata.

NONEHadirin sebelum itu menikmati jamuan pelbagai juadah tidak berganjak dari Bilik Gerakan BN Alor Setar untuk mendengar amanat bekas presiden Umno itu.

Sebelum itu, diadakan majlis ucapan ringkas daripada bakal calon yang akan bertanding di parlimen dan DUN dalam Alor Setar. Turut hadir bekas menteri besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zin.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir mengingatkan anggota BN dan penyokong supaya memberi kemenangan kepada parti dan bukan individu termasuk ahli Umno yang bertanding atas tiket Bebas.

Menurut bekas presiden Umno itu, kerajaan yang kuat dibina berdasarkan mandat yang diperolehi, manakala individu bebas dan berseorangan tidak mungkin membina kerajaan.

"Saya kecewa ada (orang Umno) tanding bebas. Kekuatan dipecahkan. Tak ada cara (melainkan pecat)... Sabar dan sokong parti, nak jadi wakil rakyat, tapi tak dipilih, (maka) berjuang untuk parti.

"Parti kita menang akan tubuh kerajaan. (Kena) sokong seratus peratus. Parti kita mesti menang... Sokong BN. Jika kita dapat kelebihan undi yang banyak, kita akan tadbir negeri ini dengan cukup baik," katanya.

NONEBeliau mengulas berhubung beberapa bekas dan pemimpin Umno yang membuat keputusan untuk bertanding atas tiket Bebas selepas selesai proses penamaan calon bagi pilihan raya umum kali ini.

Antara pemimpin Umno yang bertanding sebagai calon Bebas ekoran tidak berpuas hati menjadi calon antaranya Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, bekas Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar dan bekas exco Kedah Datuk Fadzil Hanafi.

Berucap dalam majlis pengenalan calon parlimen Alor Setar dan DUNnya, Dr Mahathir membidas kerajaan Pakatan Rakyat yang "tidak dapat memajukan" negeri itu melainkan hanya menikmati "saki baki" kemajuan yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini.

Sambil tidak menyalahkan rakyat yang "cuba" memilih Pakatan Rakyat pada 2008, beliau berkata, kini mereka mulai sedar dan membuat perbandingan dengan kemajuan yang dibawa kerajaan BN selama ini.

Sehubungan itu, beliau mengharap agar rakyat memilih kerajaan BN untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat yang disindirnya sebagai "Pakatan yang tak nak berpakat".

"Parti itu (Pakatan Rakyat) tidak cekap dan tidak dapat memajukan negeri Kedah ini... tapi rakyat (kini) dapat membuat perbandingan... lima tahun kita bagi dekat dia, apa pun tak ada.

"Kita tak marah kepada rakyat, rakyat nak cuba-cuba... Sudah lima tahun, sudahlah, cukuplah, baliklah," katanya sambil diiringi tepuk hadirin yang hadir dalam majlis anjura Pemuda BN Alor Setar.

NONE"Kita rampas Kedah, saya yakin kita dapat majukan lagi negeri Kedah. BN akan bangunkan industri di negeri Kedah ini," katanya lagi.

Dalam ucapannya juga, Dr Mahathir turut menceritakan kemajuan termasuk sewaktu beliau menjadi perdana menteri termasuk memajukan Langkawi sehingga kini menerima pelancong hampir tiga juta orang.

Ia sekaligus boleh menjana pendapatan rakyat di negeri itu daripada hasil pelancongan dan kegiatan ekonomi yang dilakukan, katanya.

Beliau juga menerangkan usaha BN memberi bantuan biasiswa pendidikan, menyediakan pembangunan prasarana dan kemudahan pengangkutan awam seperti landasan keretapi berkembar dan keretapi elektrik untuk kemudahan rakyat.

Menurutnya lagi apa yang dijanjikan dalam manifesto BN akan ditunaikan oleh kerajaan BN jika diberi mandat khususnya di negeri itu dan sebaliknya menyindir Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyatakan manifesto itu bukan janji.

"Orang Kedah dan Pemuda BN kena menilai jasa dan bakti (BN) kepada orang Alor Setar akan nikmat yang diterima. Kenang budi, kembalikan (Kedah pada) BN," katanya sambil menyeru supaya orang ramai keluar mengundi pada 5 Mei untuk "menjatuhkan" Pakatan Rakyat di Kedah.

"Kalau (BN) tak laksana janji, beritahu saya, saya nak tibai," katanya yang mengundang gelak ketawa hadirin.

"Kita tidak buat janji yang tidak munasabah," katanya lagi

Banner PAS SELEWENG.. KUIN HANCUR...

[PANAS] Banner PAS SELEWENG.. KUIN HANCUR... siapa punya angkara nie?

Kamaruddin Kassim


http://www.kedahlanie.info/2013/04/panas-banner-pas-seleweng-kuin-hancur.html

KERJA SIAPA KUIN HAMPIR HANCUR... KERJA PAS? KERJA UMNO? KERJA MB? KERJA REKTOR?
Apa respon depa ni ? http://beritakuin.blogspot.com/

Saturday, April 20, 2013

Senarai Penuh Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 : Laman Web Sesawang Rasmi SPR



Senarai Penuh Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 - Penamaan calon bagi semua negeri telah pun berlangsung secara rasminya pagi tadi.


Untuk melihat senarai penuh calon pilihan raya umum ke-13, korang boleh semak melalui Laman Sesawang SPR ini.

TERKINI ! SENARAI PENUH PENAMAAN CALON BAGI KERUSI DUN KEDAH : 137 calon tanding di Kedah, ramai calon baru



ALOR SETAR - Seramai 137 calon akan bertanding merebut 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei depan, dengan banyak kawasan menyaksikan pertandingan lebih dua calon.

Meskipun persaingan dilihat lebih kepada BN menentang Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, penamaan calon hari ini menyaksikan kemunculan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) yang turut memeriahkan PRU kali ini, selain calon Bebas.

Secara keseluruhan, bagi DUN, BN bertanding di semua 36 kerusi, Pas (24), PKR (10), DAP (2), KITA (5), Berjasa (2) dan Bersama (1). Bagi Parlimen, BN bertanding semua 15 kerusi, Pas (8), PKR (7), Berjasa (2) dan Bersama (1).

Penyertaan calon Bebas juga agak ramai dengan 18 bagi kerusi Dun dan lima di Parlimen.

Kawasan paling ramai calon adalah kerusi Dun Sidam iaitu pertandingan enam penjuru diikuti DUN Bukit Selambau (5), Parlimen Padang Serai (5), Dun Kota Darul Aman (4), Dun Sungai Tiang (4), Dun Sungai Lima (4), Dun Lunas (4), Parlimen Alor Setar (4) dan Parlimen Sungai Petani (4).

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mempertahan kerusi Dun Bakar Bata buat kali kelima, berdepan pertandingan tiga penjuru apabila dicabar Jawahar Raja Abdul Wahid (Bersama) dan Mohd Ikmal Ahmad (PKR).

Dua lagi calon yang bertanding buat kali kelima adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hasan Sarif.

Azizan berdepan pertandingan empat penjuru iaitu menentang sepupu sendiri Fadzillah Mohd Ali, yang mewakili BN, serta dua calon Bebas Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim. Abu Hasan pula akan ditentang calon Pas, Ismail Wan Teh.

Paling menjadi tumpuan adalah di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dekat sini, tempat Timbalan Pengerusi BN Negeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi Dun Ayer Hitam.

Mukhriz, yang dikaitkan dengan jawatan Menteri Besar jika BN menang di Kedah, menentang penyandang Abdul Ghani Ahmad daripada Pas.

Bagi kerusi Parlimen, Alor Setar menyaksikan empat parti bertanding dengan penyandang iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung ditentang Gooi Hsiao Leung (PKR), Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) serta Jawahar Raja (Bersama).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula, yang buat pertama kali bertanding, akan menentang penyandang Mohd Firdaus Jaafar daripada Pas dalam pertandingan satu lawan satu merebut kerusi Parlimen Jerai.

Seorang lagi muka lama iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum akan mempertahan kerusi Parlimen Kubang Pasu menentang calon Pas Mohd Jamal Nasir (Pas).

Bagi pemimpin pembangkang Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang bertanding di Parlimen Pendang akan berdepan cabaran getir kerana BN meletak bekas 'orang kuat' Pendang Datuk Othman Abdul, yang pernah menjadi wakil rakyat di situ selama tiga penggal.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar juga dilihat tidak begitu selesa apabila BN meletak Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail untuk bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena.

Di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu, BN meletak Ketua Bahagian Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir untuk menentang Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

JANJI TUKAR TIUB : Mat Sabu di Pendang

JANJI TUKAR TIUB

KOMENTAR TUKAR TIUB
kalau mat sabu kalah
ertinya pas tutup kedai

kalau mat sabu kalah
tukar tiub tutup kedai

kalau mat sabut kalah
hishamuddin rais
akan pindah negara


PRU13: Mampukah Pendang selamatkan kerjaya politik Mat Sabu

 

 

PENDANG: Mampukah Pendang, antara kubu kuat PAS di Kedah, 'menyelamatkan' karier politik Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang kalah dalam dua dalam pilihan raya (PRU) umum lalu.

Keputusan Timbalan Presiden PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bertanding di Pendang dalam PRU-13 berhadapan bekas anggota Parlimen Pendang,  Othman Abdul akan ditentukan oleh lebih 63,000 pengundi pada 5 Mei ini. 
Mat Sabu kalah di Parlimen Kuala Terengganu kepada calon Barisan Nasional (BN), Razali Ismail pada 2008 dan sebelum itu pada 2004 beliau kalah di Kuala Kedah.

Umno pecat bekas Exco Fadzil Hanafi serta-merta sebab tanding bebas di Alor Mengkudu

IKLAN SAHAJA
ALOR SETAR - Bekas Exco kerajaan negeri Fadzil Hanafi, yang hari ini bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Mengkudu, dipecat keanggotaan daripada Umno serta-merta berikutan tindakan beliau itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan Fadzil bertanding sebagai calon Bebas merupakan satu tindakan mengkhianati parti.
"Kami berasa kesal apabila dia (Fadzil) telah mengkhianati parti apabila bertanding sebagai calon Bebas. Fadzil meletakkan dirinya lebih utama daripada kepentingan seluruh parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata BN Kedah dan Dun Alor Mengkudu tidak tergugat dengan tindakan berkenaan malah menaruh penuh keyakinan kepada calon BN bagi Dun Alor Mengkudu Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, akan menerima sokongan oleh pengundi.
Sementara itu, Fadzil, 55, berkata beliau tidak gentar dengan tindakan disiplin yang dikenakan Umno apabila bertanding sebagai calon Bebas kerusi Dun Alor Mengkudu.
"Saya tak risau dengan masalah disiplin yang akan dihadapi kerana saya berjuang untuk memenuhi suara akar umbi," katanya.
Sebelum ini beliau pernah menjadi Adun BN di Alor Mengkudu selama dua penggal selepas menang pilihan raya umum 1999 dan 2004 serta menjadi Exco kerajaan negeri pada 1999 hingga 2004. - Bernama

Pegangan SYED MOKHTAR BUKHARI : Anak Kedah ni :)

PRU13 : AZIZAN KENA LAWAN 4 PENJURU !!! TUDIAAA !!! PANAS !!! #TukarKedah #PRU13 #GE13

DUN SUNGAI LIMAU SENGIT 4 PENJURU 

Selesai penamaan calon bagi Parlimen Jerai tadi menyaksikan persaigan sengit bagi Azizan Razak yang menjadi calon bagi Dun Sungai Limau. Di Sungai Limau Azizan terpaksa bertembung dengan 3 lagi calon yang bertanding iaitu satu dari Barisan Nasional dan dua lagi calon bebas.
Keadaan dan suasana sememangnya panas bagi kerusi di Parlimen Jerai ini , kerana disinilah adanya seorang  
penyandang Menteri Besar Kedah dan juga Menteri Agama iaitu Dato Seri Jamil Khir Baharom. 
Dun Sungai Limau
1 - PAS - Dato Seri Azizan Razak 
2 - BN - Mohd Fazilah Mohd Ali 
3- BEBAS - Sobri Ahmad ( CINCIN)
4 - BEBAS - Abdullah Hashim ( BUNGA RAYA )
Adakah Azizan Mampu mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau untuk PRU13 kali ini ? pastinya tentangan sengit terutama dari calon BN yang juga saudaranya iaitu Mohd Fazilah Mohd Ali. 
Tak kurang bakal memberi kesan pada pru13 kali ini adalah dengan kemunculan 2 calon bebas yang juga anak tempatan Sungai Limau . 
 calon bebas 
APJ : pucat muka Azizan tadi , bawa-bawa la berehat PAK JAN !!!

PRU 13 Polis kenal pasti 81 kawasan panas di Kedah


April 18, 2013
By
 
Polis mengenal pasti sebanyak 81 kawasan panas yang melibatkan pusat mengundi di seluruh Kedah menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
   
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua kawasan utama yang paling panas adalah di kawasan Sungai Petani dan Kulim.
   
Katanya dua kawasan itu akan menjadi tumpuan polis sepanjang tempoh PRU13 berlangsung.
   
Beliau berkata pihaknya memberi perhatian lebih kepada dua kawasan tersebut berdasarkan beberapa kejadian sebelum ini dan mengelak ia daripada berulang.
   
“Di semua kawasan panas ini, kita akan letakkan lebih ramai anggota bagi menjamin keadaan keselamatan terkawal. Pengundi tidak perlu risau dan mereka boleh keluar mengundi beramai-ramai,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan PRU13 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
Khalid berkata beliau amat berpuas hati dengan persiapan yang dibuat Polis Kedah dan anggota yang ditempatkan di negeri ini mencukupi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang tempoh PRU berlangsung.
   
Terdapat 633 pusat mengundi dalam PRU13 bagi negeri Kedah.
   
Kedah mempunyai 15 kawasan Parlimen dan 36 kawasan Dewan Undangan Negeri.  – Bernama

SENARAI CALON YANG DISAHKAN LAYAK BERTANDING OLEH SPR. PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI KEDAH, 2013


BAHAGIAN PILIHAN RAYA
NAMA PENUH
PARTI
STATUS
P. 004 - LANGKAWI
N. 01 - AYER HANGAT
1. MOHD RAWI BIN ABD HAMID
BN
LAYAK BERTANDING
2. ZUBIR BIN AHMAD
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 02 - KUAH
1. NOR SAIDI BIN NANYAN
BN
LAYAK BERTANDING
2. ZAFLEE BIN PAKWANTEH
BEBAS
LAYAK BERTANDING
3. AHMAD BIN KASIM
PKR
LAYAK BERTANDING


P. 005 - JERLUN
N. 03 - KOTA SIPUTEH
1. ABU HASAN BIN SARIF
BN
LAYAK BERTANDING
2. ISMAIL BIN W.TEH @ JAZIZ
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 04 - AYER HITAM
1. MUKHRIZ MAHATHIR
BN
LAYAK BERTANDING
2. ABD. GHANI BIN AHMAD
PAS
LAYAK BERTANDING


P. 006 - KUBANG PASU
N. 05 - BUKIT KAYU HITAM
1. AHMAD ZAINI BIN JAPAR
BN
LAYAK BERTANDING
2. NASRUL OMAR BIN CHE MANSOR
PKR
LAYAK BERTANDING
N. 06 - JITRA
1. ROHANI BINTI ABD MUTTALIB
PAS
LAYAK BERTANDING
2. AMINUDDIN BIN OMAR
BN
LAYAK BERTANDING


P. 007 - PADANG TERAP
N. 07 - KUALA NERANG
1. AHMAD BIN MAD.DAUD
BEBAS
LAYAK BERTANDING
2. BADROL HISHAM BIN HASHIM
BN
LAYAK BERTANDING
3. SYED IBRAHIM BIN SYED OMAR
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 08 - PEDU
1. KAMA NORIAH BINTI IBRAHIM
BN
LAYAK BERTANDING
2. ZAMRI BIN YUSUF
PKR
LAYAK BERTANDING


P. 008 - POKOK SENA
N. 09 - BUKIT LADA
1. AHMAD BIN SUDIN
BN
LAYAK BERTANDING
2. AHMAD 'IZZAT BIN MOHAMAD SHAUKI
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 10 - BUKIT PINANG
1. MOHD MUKHTAR BIN NOOR
BN
LAYAK BERTANDING
2. ROMANI BIN WAN SALIN
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 11 - DERGA
1. TAN KOK YEW
DAP
LAYAK BERTANDING
2. ABDUL FISOL BIN MOHD ISA
BERJASA
LAYAK BERTANDING
3. CHEAH SOON HAI
BN
LAYAK BERTANDING


P. 009 - ALOR STAR
N. 12 - BAKAR BATA
1. JAWAHAR RAJA BIN ABDUL WAHID
BERSAMA
LAYAK BERTANDING
2. AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH
BN
LAYAK BERTANDING
3. MOHD EEKMAL BIN AHMAD
PKR
LAYAK BERTANDING
N. 13 - KOTA DARUL AMAN
1. LOH GIM HOOI
BN
LAYAK BERTANDING
2. LIEW KARD SEONG
BEBAS
LAYAK BERTANDING
3. JAYAGOPAL A/L ADAIKKALAM
BEBAS
LAYAK BERTANDING
4. TEOH BOON KOK @ TEOH KAI KOK
DAP
LAYAK BERTANDING
N. 14 - ALOR MENGKUDU
1. FADZIL BIN HANAFI
BEBAS
LAYAK BERTANDING
2. AHMAD BIN SAAD @ YAHAYA
PAS
LAYAK BERTANDING
3. SHARIFAH MAZNAH BT. SYED KASSIM BARAKBAH
BN
LAYAK BERTANDING


P. 010 - KUALA KEDAH
N. 15 - ANAK BUKIT
1. ABD SAMAT BIN CHE NOH
BEBAS
LAYAK BERTANDING
2. AMIRUDDIN BIN HAMZAH
PAS
LAYAK BERTANDING
3. HASHIM BIN JAHAYA
BN
LAYAK BERTANDING
N. 16 - KUBANG ROTAN
1. MOHD NASIR BIN MUSTAFA
PAS
LAYAK BERTANDING
2. LATT SHARIMAN BIN ABDULLAH
BN
LAYAK BERTANDING
N. 17 - PENGKALAN KUNDOR
1. PHAHROLRAZI BIN MOHD ZAWAWI
PAS
LAYAK BERTANDING
2. NOOR HASITA BINTI MAT ISA
BN
LAYAK BERTANDING


P. 011 - PENDANG
N. 18 - TOKAI
1. ABU BAKAR BIN ABDULLAH
BEBAS
LAYAK BERTANDING
2. NAJMUDDIN BIN DARUS
BN
LAYAK BERTANDING
3. MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 19 - SUNGAI TIANG
1. ROSLI BIN OMAR
BEBAS
LAYAK BERTANDING
2. FADZIL BIN BAHARUM
PAS
LAYAK BERTANDING
3. SURAYA BINTI YAACOB
BN
LAYAK BERTANDING
4. CHAREAN A/L ISEN
KITA
LAYAK BERTANDING


P. 012 - JERAI
N. 20 - SUNGAI LIMAU
1. SOBRI BIN AHMAD
BEBAS
LAYAK BERTANDING
2. AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
PAS
LAYAK BERTANDING
3. MOHD FAZILLAH BIN MOHD ALI
BN
LAYAK BERTANDING
4. ABDULLAH BIN HASHIM
BEBAS
LAYAK BERTANDING
N. 21 - GUAR CHEMPEDAK
1. KU ABD RAHMAN BIN KU ISMAIL
BN
LAYAK BERTANDING
2. MUSODDAK BIN HJ AHMAD
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 22 - GURUN
1. SALMA BINTI ISMAIL
PKR
LAYAK BERTANDING
2. LEONG YONG KONG
BN
LAYAK BERTANDING


P. 013 - SIK
N. 23 - BELANTEK
1. MOHD TAJUDIN BIN ABDULLAH
BN
LAYAK BERTANDING
2. ABU BAKAR BAKILANI BIN ABU HASSAN
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 24 - JENERI
1. AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN
PAS
LAYAK BERTANDING
2. MAHADZIR BIN ABDUL HAMID
BN
LAYAK BERTANDING


P. 014 - MERBOK
N. 25 - BUKIT SELAMBAU
1. KAMAL NASSER BIN THOW BEEK
KITA
LAYAK BERTANDING
2. MARAN A/L MUTAYA
BN
LAYAK BERTANDING
3. SYED OMAR BIN SYED MAHAMUD
BEBAS
LAYAK BERTANDING
4. THIVAGARAN A/L SUPRAMANY
BEBAS
LAYAK BERTANDING
5. KRISHNAMOORTHY A/L RAJANNAIDU
PKR
LAYAK BERTANDING
N. 26 - TANJONG DAWAI
1. AHMAD FAKHRUDDIN BIN FAKHRURAZI
PAS
LAYAK BERTANDING
2. TAJUL URUS BIN MAT ZAIN
BN
LAYAK BERTANDING


P. 015 - SUNGAI PETANI
N. 27 - PANTAI MERDEKA
1. ALI BIN YAHAYA
BN
LAYAK BERTANDING
2. HJ ABDULLAH BIN JUSOH
PAS
LAYAK BERTANDING
3. MOHD YUSUF BIN LAZIM
BEBAS
LAYAK BERTANDING
N. 28 - BAKAR ARANG
1. LEE YEAN WANG
BN
LAYAK BERTANDING
2. OOI TZE MIN
PKR
LAYAK BERTANDING
3. ONG KAH SOON
BEBAS
LAYAK BERTANDING
N. 29 - SIDAM
1. UH CHORNG VON
KITA
LAYAK BERTANDING
2. TAN HOCK HUAT
BEBAS
LAYAK BERTANDING
3. BEE SIEONG HENG
BN
LAYAK BERTANDING
4. OOI BENG KOOI
BEBAS
LAYAK BERTANDING
5. ZAMIL BIN IBRAHIM
BEBAS
LAYAK BERTANDING
6. ROBERT LING KUI EE
PKR
LAYAK BERTANDING


P. 016 - BALING
N. 30 - BAYU
1. AZMI BIN CHE HUSAIN
BN
LAYAK BERTANDING
2. MAHMUD BIN YAAKOB
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 31 - KUPANG
1. JOHARI BIN ABDULLAH
PAS
LAYAK BERTANDING
2. HARUN BIN ABDUL AZIZ
BN
LAYAK BERTANDING
N. 32 - KUALA KETIL
1. KRISHNAN A/L GANAPATHY
KITA
LAYAK BERTANDING
2. MD.ZUKI BIN YUSOF
PAS
LAYAK BERTANDING
3. MOHD KHAIRUL AZHAR BIN ABDULLAH
BN
LAYAK BERTANDING


P. 017 - PADANG SERAI
N. 33 - MERBAU PULAS
1. MARLIA BINTI ABD LATIFF
BN
LAYAK BERTANDING
2. SITI ASHAH BINTI GHAZALI
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 34 - LUNAS
1. AZMAN BIN NASRUDIN
PKR
LAYAK BERTANDING
2. VASANTHI A/P RAMALINGAM
BEBAS
LAYAK BERTANDING
3. PREBAKARRAN A/L NARAYANAN NAIR
KITA
LAYAK BERTANDING
4. ANANTHAN A/L SOMASUNDARAM
BN
LAYAK BERTANDING


P. 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
N. 35 - KULIM
1. CHU MAW NIAN
PKR
LAYAK BERTANDING
2. MOHD JUNIP BIN HUZAYIN
BERJASA
LAYAK BERTANDING
3. CHUA THIONG GEE
BN
LAYAK BERTANDING
N. 36 - BANDAR BAHARU
1. NORSABRINA BINTI MOHD NOOR
BN
LAYAK BERTANDING
2. MOHD KHARI BIN MOHD SALLEH
PAS
LAYAK BERTANDING




JUMLAH KESELURUHAN
98