Sunday, June 19, 2016

Health Benefits of Dates - Promoting Heart, Brain, and Digestive Health



date fruit
A product of the date palm and cultivated since approximately 6000 B.C, the date fruit is one of the sweetest fruits around and also happens to come in many different varieties. Although dates can be eaten fresh, the fruit is very often dried, resembling raisins or plums. But whether fresh or dry, the health benefits of dates are still just as plentiful.

  by Mike Barrett

Nutritional Content of Dates

If you’re looking for fiber, potassium, or copper, look no further than dates. While dates are rich in many vital nutrients and therefore offer many health benefits, the fruit is so small that you’ll need to consume a larger quantity to intake the necessary amount.
The following nutritional data outlines some of the key nutrients found in dates, and is based on a 100g serving of the fruit.
  • Fiber – 6.7 grams. 27% RDA.
  • Potassium – 696 milligrams. 20% RDA.
  • Copper – 0.4 milligrams. 18% RDA.
  • Manganese – 0.3 milligrams. 15% RDA.
  • Magnesium – 54 milligrams. 14% RDA.
  • Vitamin B6 – 0.2 milligrams. 12% RDA.
Note: Dates are high in sugar content – coming in at a whopping 66.5 grams per 100 gram serving of the fruit. It is recommended to lessen sugar consumption as much as possible, even when the sugar is being consumed from fruit.
Check out the USDA Nutrient Database for a full nutritional profile of dates.

The Known Health Benefits of Dates – What the Date Fruit Has to Offer

Dates aren’t exactly a nutritional powerhouse when compared to some other foods like kiwi or sesame seeds, but the fruit does still offer numerous health benefits along with great taste. Here are some health benefits of dates.
  • 1. Promoting Digestive Health, Relieving Constipation – Fiber is essential for promoting colon health and making for regular bowel movements. The insoluble and soluble fiber found in dates help to clean out the gastrointestinal system, allowing the colon to work at greater levels of efficiency. Some other benefits relating to fiber and colon health are reduced risks of colitis, colon cancer, and hemorrhoids. (Dates could even be coupled with other home remedies for hemorrhoids.)
  • 3. Anti-Inflammatory – Dates are rich in magnesium – a mineral known for its anti-inflammatory benefits. One study found that “inflammatory indicators in the body such as CRP (C-reactive protein), TNF (tumor necrosis factor alpha), and IL6 (interleukin 6) were all reduced when magnesium intake was increased.” Further, inflammation in the arterial walls was also reduced with magnesium intake. Based on magnesium’s anti-inflammatory properties and the findings of this study, magnesium can effectively reduce the risk of cardiovascular disease, arthritis, Alzheimer’s disease, and other inflammation-related health ailments.
  • 4. Reduced Blood Pressure – Magnesium has been shown to help lower blood pressure – and again, dates are full of the mineral. Additionally, potassium is another mineral in dates that has several functions within the body, aiding with the proper workings of the heart and helping to reduce blood pressure.
  • 5. Reduced Stroke Risk – After evaluating 7 studies published over a 14 year time period, researchers found stroke risk was reduced by 9% for every every 100 milligrams of magnesium a person consumes per day. The research can be found in the American Journal of Clinical Nutrition.
  • 6. A Healthy Pregnancy and Delivery – Further adding to the health benefits of dates, one study performed by researchers at the University of Science and Technology set out to discover how the date fruit impacted labor parameters and delivery outcomes. After studying 69 women for a year and 1 month, the researchers found that “the consumption of date fruit in the last 4 weeks before labour significantly reduced the need for induction and augmentation of labour, and produced a more favourable, but non-significant, delivery outcome. The results warrant a randomised controlled trial.”
  • 7. Boosting Brain Health – Some studies, such as one found in JAMA Internal Medicine, found that sufficient vitamin B6 levels are associated with improved brain performance and better test scores.

A Summary of Dates Health Benefits: Dates are Great for:

  • Weight loss
  • Relieving constipation, supporting regular bowel movements
  • Promoting heart health, reducing heart disease risk
  • Diarrhea
  • Iron-deficiency anemia
  • Reducing blood pressure
  • Impotence
  • Promoting respiratory and digestive health
  • Pregnancy deliveries
  • Hemorrhoid prevention
  • Chronic conditions such as arthritis
  • Reducing colitis risk
  • Preventing colon cancer
Remember to share all of the health benefits of dates with your friends and family!
Additional Sources:
NutritionData.Self
Wikipedia

Read more: http://naturalsociety.com/


-----------------------

More Info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
www.QuranicFoods.com

Friday, December 11, 2015

Cara Beli Coway? 4 sebab Kenapa Anda perlu pilih Penapis Air COWAY untuk kegunaan Anda Sekeluarga.

Coway Malaysia

Cara Beli Coway? 4 sebab Kenapa Anda perlu pilih Penapis Air COWAY untuk kegunaan Anda Sekeluarga. 

Sebenarnya banyak sebab lagi.. tetapi cukuplah sekadar 4 sebab ini menjadi ukuran.. maklumat lanjut sila hubungi kami :)

Beli Coway ? 4 Sebab Utama Anda Perlu Pilih COWAY Malaysia
1. Design Yang Unik dan Menarik
Contohnya Design Cik Petit..Memang kellas sangat sebab anda boleh tadah air untuk diminum tanpa perlu tunggu. Automatik air keluar dan berhenti bila penuh cawan anda :-). Memang best dan sangat Moden !

2. Mempunyai Pusat R&D di Seoul University Untuk Kajian Berterusan dan  Ujian Keupayaan Produk.
Setakat ini,   250 Orang Professional Researcher  fokus untuk program R&D COWAY. Ini bagi memastikan Produk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan memenuhi kehendak pengguna demi keperluan kehidupan dan kesihatan yang seimbang untuk semua pengguna.


3. Mempunyai Sijil Halal JAKIM & SIRIM
Walaupun Produk COWAY keluaran KOREA, namun Pihak syarikat Komited dan sensitif dengan keperluan pengguna Islam seluruh dunia khususnya bagi rakyat Malaysia. Pihak JAKIM telah mengiktiraf Sijil Halal untuk semua Produk. Pihak SIRIM juga mengiktiraf produk-produk keluaran COWAY.



4. Mempunyai Sehingga 4 Suhu Air
Untuk Model Villaem, ada 4 suhu air iaitu panas, suam, suhu bilik dan sejuk. Yang lain ada juga yang mempunyai 3 suhu iaitu panas, sejuk dan suhu bilik. Walaupun ada model yang tidak mempunyai suhu suam, anda boleh tambah air panas dan suhu bilik secara manual, cuma tekan butang sahaja..senang sangat :-)

untuk maklumat lanjut jangan segan2 untuk pm kami..
Sangat Mudah! Anda tidak perlu bazirkan masa, tenaga, dan petrol untuk memiliki penapis air Coway untuk keluarga anda. Sebarang pertanyaan berkenaan Produk Coway, sila hubungi saya/atau SMS/Whatsapp “COWAY” ke 0124506763 @ 0175750810.

images@ terus tekan butang ini ; Contact Us
@ terus mesej kami di [Facebook]

Thursday, December 10, 2015

Coway Malaysia : Produk dan Cara Membuat Belian Tunai atau sewa beli. COWAY.MY

Coway Malaysia
Tahukah anda ?? Produk Coway Malaysia seperti penapis air Coway boleh dimiliki dengan tiga cara pembelian:
1- Pembelian Secara Tunai (outright)2- Pembelian secara Sewa Beli.3- Pembelian secara Bayaran Ansuran (installment).
 
Tiga cara pembelian ini membezakan berapa komitmen bulanan. Contohnya jika anda berminat untuk membeli penapis air Coway model Villaem, anda perlu membayar:

RM3,800 Pembelian secara Outright.
RM125 Pembelian secara Sewa Beli.
RM 105.50 Pembelian secara Bayaran Ansuran.
 
Info Coway Malaysia

Kini dunia serba mudah.. semua boleh didapati dihujung jari, proses jual beli menjadi lebih mudah. Memiliki penapis air Coway juga semudah 1,2,3 jika anda membuat tempahan secara online. Anda tidak lagi perlu ke mana-mana pasaraya untuk membuat pendaftaran. Kami yakin, selepas selesai proses pendaftaran dan pembayaran, Cody atau pasukan teknikal kami akan ke rumah anda dalam masa 2 hari untuk memasang penapis air Coway anda.

Sila ikuti langkah mudah berikut :
  1. Sila hubungi kami di 0124506763 @ 0175750810 melalui SMS atau WhatsApp untuk bertanya berkaitan produk. Tanya perbezaan produk Coway, perbezaan harga Coway dan bagaimana cara untuk servis atau tukar filter Coway (semuanya PERCUMA selama lima tahun*).
  2. Saya akan hantarkan borang pendaftaran dan borang yang berkaitan. Anda isi dan pulangkan kepada kami.
  3. Anda buat pembayaran deposit dan bayaran bulan pertama seperti yang diterangkan pada langkah pertama. Anda tunggu tiga hari untuk pemasangan.
Sangat Mudah! Anda tidak perlu bazirkan masa, tenaga, dan petrol untuk memiliki penapis air Coway untuk keluarga anda. Sebarang pertanyaan berkenaan Produk Coway, sila hubungi saya/atau SMS/Whatsapp “COWAY” ke 0124506763 @ 0175750810.


https://www.facebook.com/cowayspecial@ terus tekan butang ini -> Contact Us

@ terus mesej kami di [Facebook]



PRODUK

Coway Malaysia Penapis Air

Penapis Air

Penapis air Coway sudah terkenal di Malaysia bahkan di dunia kerana produknya yang berkualiti tinggi serta perkhidmatan selepas jualan yang terbaik. Penapis Air Coway didatangkan dengan pelbagai versi bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai

Penapis Udarapemerah jus

Sistem Penapis Udara ataupun Air Purifier Coway adalah Penapis Udara berteknologi tinggi yang digunakan oleh mereka yang inginkan udara bersih yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit. Rekaan bertaraf 5-BINTANG dengan harga mampu milik.

PeMerah Jus

jusUntuk Perahan semulajadi, nikmatilah Juicepresso Semua orang sudah tahu tentang kepentingan dan kebaikkan buah dan sayuran di dalam pemakanan seharian. Namun tidak semua orang mampu untuk meletakkan kesemua khasiat di dalam setiap hidangan. Kini Coway membantu anda!


Penapis Luarpenapisluar

TEKNOLOGI & INOVASI Teknologi penapis air luar rumah. Coway telah menambah variasi produknya dengan memperkenalkan penapis air luar rumah. Design yang Anggun dan Kemas, Saiz yang kecil serta diperbuat daripada besi tahan karat berkualiti tinggi.



SPA Mandian Coway

BB09_1
Keperluan Harian Untuk Kulit Yang Lebih Lembut
‘Coway’s Spa Softener’ mampu menghapuskan partikel-partikel tercemar dari sumber air di rumah bagi memastikan kulit anda hanya menyerap air yang bersih.
 

Manual Bidet

Eco Friendly Bidet Dengan hanya menggunakan tekanan air, Coway bidet tidak memerlukan pengguaan elektrik. Reka bentuk yang lebih sofistikated Bersih dan selamat 3 langkah pengawalan Elegan   Spesifikasi : Power  Consumption No electric required Filter MF Filter Water Flow Rear Cleansing 1.2 L/m  in Front Cleansing 1.2 L/min Water Temprature – Seat Temperature –Coway Eco Friendly Bidet

Monday, December 23, 2013

Permohonan BR1M 2014

•   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
       
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  


•   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
       
  **NOTA

  1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

  Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.
 

Borang BRIM bagi yang layak.. BR1M 


--->>>https://ebr1m.hasil.gov.my/ 

Download Borang : https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/Borang%20Permohonan%20BR1M%202014.pdf

Saturday, November 2, 2013

Ilham Centre : PAS dijangka kekal, majoriti lebih kecil di Sg Limau


Harakahdaily, 02 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Asas sokongan pengundi Sungai Limau kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus.

“Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau,” ujar Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sepanjang kajian itu dijalankan faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS di Dun Sungai Limau.

Dalam pilihan raya kecil ini, ujarnya jelas pertembungan langsung antara PAS dan Umno, bukan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Berikut ialah kenyataan penuh.

Selepas menghampiri saat-saat akhir tempoh berkempen, asas sokongan pengundi kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus. Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau.

Sepanjang kajian ini dijalankan faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS di sini.

Dalam pilihan raya kecil ini, jelas pertembungan langsung antara PAS dan Umno, bukan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Ilham Centre membuat kajian lapangan bermula 28 Oktober dan berakhir pada 1 November 2013 dan berjaya menemubual secara tatap muka dengan 602 responden di kesemua 19 daerah mengundi dalam N20 Sungai Limau.

Kajian ini memfokuskan untuk menilai pendapat di kalangan pengundi berdaftar bagi membekalkan dapatan yang komprehensif, mempunyai hubungkait serta mewakili pandangan populasi di DUN Sungai Limau ini. Kajian ini sebagai rujukan bagaimana dan kenapa pengundi berdaftar mereka menentukan sikap dalam pilihan raya kecil Dun Sungai Limau 2013.

Identifikasi parti dan pengaruh pondok

Berdasarkan dapatan kajian, pengundi N20 Sungai Limau cukup tegar dan setia di atas faktor identifikasi parti mengatasi faktor-faktor lain. Faktor ini menyumbang 81 peratus diambil kira oleh pengundi berbanding faktor calon 12 peratus dan faktor isu hanya 4 peratus sahaja.

Sumbangan pengaruh dua buah pondok iaitu Pondok Bukit Besar dan Pondok Pak Ya Junid yang mana merupakan antara tokoh pengasas PAS Kedah berjaya mengasaskan tapak sokongan masyarakat kepada PAS yang kuat.

Dapatan kajian membuktikan bahawa pengundi yang tinggal di daerah mengundi sekitar pondok-pondok tersebut merupakan kubu kuat kepada PAS seperti daerah mengundi Bukit Besar, Bukit Choras, Gelam Tiga, Batu 16, Permataang Buloh dan Sungai Dedap. Kawasan ini sukar dtembusi oleh UMNO untuk menafikan majoriti besar yang diperolehi PAS dalam DUN ini.

Manakala daerah mengundi yang jauh dari jangkauan pengaruh pondok seperti Dulang Kechil, Dulang Besar, Sungai Kering dan Sungai Daun kelihatan pengaruh UMNO lebih menyerlah berbanding PAS.

Terdapat daerah mengundi yang sentiasa berubah pola sokongan dan menjadi rebutan silih ganti di antara PAS dan juga UMNO seperti daerah mengundi Sedaka, Ulu Sedaka, Simpang Tiga, Kabu Sepuloh dan Sungai Limau.

Pola sokongan PAS di daerah mengundi Padang Lumat pada tradisinya adalah kubu kuat PAS berlaku perubahan ketara ekoran berlaku krisis dalaman PAS kawasan.

Antara keunikan kawasan ini ialah peratusan pengundi atas pagar (fence sitter) amat kecil sekitar 11 peratus sahaja berbanding di kawasan-kawasan lain yang kebiasaannya mencecah 30 peratus.

Umno underdog tetapi agresif

Dapatan kajian menunjukkan UMNO/BN yang turun berkempen dalam situasi underdog kelihatan cukup agresif menggunakan segenap instrumen dan kekuatan jentera.

Manakala PAS pula menggunakan menggunakan strategi bertahan kerana yakin dengan kesetiaan pengundi untuk kekal dengan PAS.

Penilaian pola sokongan pengundi tidak berlaku anjakan ketara berdasarkan tiada pengumuman lompat parti bagi kedua-dua pihak. Senario ini mengukuhkan bahawa pengundi Melayu selesa dengan mengekalkan status quo pilihan parti mereka.

Merujuk kepada soalan ILHAM Centre kepada pengundi berkaitan dengan pengekalan status sokongan pilihan parti sama seperti pilihan raya umum ke-13 yang lepas, 85 peratus mengakui akan mengekalkan sokongan mereka.

Menyedari hakikat itu, jentera UMNO kelihatan begitu agresif menerusi kempen pemimpin-pemimpin parti, sayap Wanita, dan Puteri berusaha memecahkan pola sokongan pengundi di kubu kuat PAS.

Ini dibuktikan apabila UMNO berjaya menganjurkan program rasmi kerajaan di kedua-dua pondok yang menjadi teras sokongan PAS selama ini. Pemecahan tradisi ini ialah merupakan kejayaan besar kepada jentera UMNO dan fenomena baru kali ini.

Faktor Azizan dan Mukhriz

ILHAM Centre mengukur indikator tinggalan pengaruh Tan Sri Ustaz Azizan Razak memang ketara dan kukuh. 68 peratus responden menyifatkan Azizan mempunyai sumbangan dan pengaruh yang besar di sini. Beliau disifatkan sebagai pemimpin yang sangat prihatin dan merakyat tanpa mengenal perbezaan parti. Antara jasa besar yang diakui oleh pengundi ialah Azizan berjaya meredakan pertembungan keras yang menjadi tradisi UMNO-PAS di kawasan ini.

Ini menyebabkan kedua-dua jentera pilihan raya menggunakan faktor Azizan dalam kempen mereka. Paling mengejutkan UMNO menganjurkan majis tahlil rasmi dan mencetak kain rentang menyedekahkan al-Fatihah sebagai elemen menarik simpati pengundi yang memberi undi di atas faktor Azizan.

Selain itu ILHAM juga mengukur pengaruh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dalam pilihan raya ini. Merujuk kepada tahap kepuasan hati pengundi kepada kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan beliau menunjukkan pengaruh berada tahap 38 peratus.

Pengundi mengukur dan menilai pengaruh Mukhriz berdasarkan kesungguhan beliau turun padang menemui pengundi sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Faktor calon, Azam mendahului Dr Sohaimi

Walaupun faktor calon hanya 12 peratus dinilai oleh pengundi, namun ini tetap signifikan dalam pilihan raya kecil ini. Jika dibandingkan calon PAS dan calon UMNO/BN, ternyata calon PAS mempunyai kelebihan yang ketara.

Kekuatan calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abdul Samad lebih dikenali oleh pengundi sebelum pilihan raya kecil lagi sebanyak 50 peratus berbanding calon UMNO/BN, Dr Sohaimi Lazim sebanyak 36 peratus sahaja. Dr Sohaimi hanya dikenali selepas pengumuman calon BN dilakukan.

Kelebihan Azam pada kaca mata pengundi ialah dipilih berdasarkan latar belakang pengajian agama (43 peratus), berasal daripada parti yang sama dengan pengundi (38 peratus) dan berasal daripada keluarga ulama Pondok Bukit Besar (17 peratus) menyumbang sokongan kepada calon ini.

Dr Sohaimi pula kekuatanya terletak kepada sokongan asas penyokong BN (33 peratus) disebabkan beliau calon yang berada di luar senarai perkiraan pengundi sebelum ini. Selain itu beliau juga dilihat oleh pengundi mempunyai kelebihan kelulusan tinggi (16 peratus).

Isu-isu nasional dan lokal memberi kesan minima

Sepanjang pengamatan berdasarkan data kuantitatif, pengundi di Sungai Limau menyifatkan isu-isu nasional mahupun setempat tidak memberikan kesan besar penilaian kepada mereka untuk mengubah pola pengundian.

Isu-isu yang dimainkan oleh pihak media perdana elektronik mahupun bercetak bersumberkan kenyataan-kenyataan pemimpin kedua-dua parti dilihat gagal mempengaruhi mereka. Sebagai contoh isu dakwaan TPM mengaitkan kematian Azizan yang mengidap diabetes dengan kenaikkan harga gula tidak mengurangkan sokongan kepada kepada calon UMNO (28 peratus) manakala isu superimpose calon PAS bersama Azizan juga tidak menjejaskan sokongan kepada calon PAS (19 peratus).

Namun pengundi di sini sedikit terkesan dengan perkara yang dekat dan terbeban kepada mereka. Ini dibuktikan dengan dapatan kajian yang menunjukkan mereka terkesan dengan kenaikan harga minyak (73 peratus) dan harga keperluan barangan (56 peratus).

Walaupun demikian faktor ini tidak mampu mempengaruhi pengundi untuk mengubah pendirian mereka kerana faktor pilihan pengundi berdasarkan parti mengatasi faktor-faktor lain.

Rebutan di daerah mengundi marginal

Kempen kelihatan berlaku persaingan sengit di antara jentera PAS dan UMNO di enam daerah mengundi marginal iaitu Sedaka, Kabu Sepuloh, Padang Lumat, Simpang Tiga, Sungai Daun dan Selengkoh. Daerah mengundi marginal ini merujuk kepada keputusan pilihan raya lepas yang mana memperlihatkan kedua-dua parti memperolehi undi majoriti tipis.

Kajian ini mengenal pasti kedua-dua jentera rancak menumpukan usaha untuk meraih undi di lokaliti-lokaliti ini. Kempen menerusi kaedah konvensional digunakan pada tahap maksimum oleh jentara UMNO dan PAS.

ILHAM mengajukan soalan untuk mengukur jenis kempen yang efektif kepada pengundi di kawasan ini dan memperlihatkan kaedah ziarah rumah ke rumah dianggap kaedah paling berkesan kepada mereka.

Kempen ziarah rumah ke rumah oleh jentera UMNO disaingi rapat oleh PAS dengan peratusan 80 peratus (UMNO) berbanding 74 peratus (PAS).

UMNO jelas ke hadapan dalam segmen keadah kempen menggunakan media massa terutamanya televisyen (84 peratus), radio (49 peratus) dan akhbar harian (74 peratus).

PAS pula hanya bergantung kepada kaedah tradisi mereka iaitu ceramah umum (38 peratus), ceramah kelompok (34 peratus) dan pengedaran risalah calon (39 peratus).

Walaupun begitu, keadaan pengundi kelihatan menerima baik kedua-dua belah jentera namun perubahan sokongan tidak ketara.

PAS dijangka bertahan dengan majoriti lebih rendah

Prediksi ILHAM Centre berdasarkan respons pengundi terhadap undi yang akan diberi kalah menang antara kedua-dua parti ini, PAS mendahului dengan peratusan sebanyak 48 peratus dan BN berada di aras 42 peratus dan bakinya adalah sebanyak 10 peratus yang masih belum membuat keputusan.

Peratusan undi ini diukur kepada pengundi yang berada di dalam kawasan pilihan raya tanpa melibatkan sekitar 7 peratus pengundi yang berada di luar kawasan.

Pengundi Cina ketika kajian ini dilakukan kelihatan berhati-hati dalam membuat keputusan kali ini. Undi Cina disifatkan mendekati model pilihan rasional (rational choice model) yang mengambil kira aspek untung rugi, faedah serta impak kepada komuniti mereka. Semua pertimbangan ini mengambil kira survival ekonomi masyarakat ini dalam membuat keputusan politik kali ini.

Kelebihan PAS ialah mempunyai undi asas penyokong tegar dan setia parti di dalam kawasan yang tinggi ditambah dengan kelebihan peratus pengundi yang berada di luar kawasan dilihat condong kepada PAS atau atas kepentingan Pakatan Rakyat.

BN kelihatan optimis untuk menang dalam pilihan raya kecil ini berasaskan beberapa elemen yang kelihatan memberi peluang untuk menang. Antaranya ialah asas sokongan penyokong tegar dan setia parti kekal, serangan jentera yang berjaya membuat penetrasi di kubu kuat PAS dan di daerah mengundi marginal serta komposisi pengundi muda yang tinggi yang dianggap condong menyokong mereka.

Latar belakang kajian

ILHAM Centre menggunakan stratified random sample dalam survei ini:

Kekuatan pendekatan ini adalah kebolehupayaan untuk meluaskan perbandingan sampel dengan maklumat demografi yang absah di samping mengekalkan pemilihan sample secara rawak. Perwakilan stratifikasi ini ditetapkan mengikut;

a) Daerah Mengundi
b) Umur
c) Parti
d) Gender

Persampelan yang direka bentuk ini bertujuan untuk mendapatkan perwakilan menyeluruh daripada pengundi berdaftar yang berada di dalam buku daftar pemilih di DUN N20 Sungai Limau.

Metode persampelan ini merangkumi;

a) 602 sampel pengundi berdaftar dengan menggunakan kaedah temubual tatap muka dengan salah seorang pengundi berumur 21 tahun ke atas yang menepati stratifikasi yang telah ditetapkan bagi sesuatu peti undi.

b) Senarai daftar pemilih menerusi buku yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan alamat yang lengkap dan angka responden yang tepat di dalam kawasan persampelan.

c) Setiap sesi temubual yang tidak berjaya akan digantikan dengan responden lain di dalam lokaliti yang sama.
PERINGATAN: Komentar yang

Wednesday, May 8, 2013

Monday, May 6, 2013

Mukhriz telah di lantik sebagai MB KEDAH



Mukhriz angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR 6 Mei - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Muhkriz Tun Dr. Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini, sehari selepas BN kembali berkuasa di negeri itu setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130506/dn_07/Mukhriz-angkat-sumpah-sebagai-Menteri-Besar-Kedah#ixzz2SV3pApqk