Oleh: al-bahanj
"Saya sangat jarang bercakap tentang politik walaupun politik itu sebahagian daripada urusan ummat Islam yang sangat penting. Di blog ini sangat jarang.
Di Facebook sangat jarang. Di luar juga sama. Namun, sempena musim pilihanraya ini, saya selalu bercakap tentangnya terutama di blog dan di Facebook. Maaf jika sahabat-sahabat tidak selesa. Saya tidak mahu ketinggalan berkempen sama.
Saya berharap
dengan bercakap tentangnya, akan timbul kesedaran dan semangat untuk
kita sama-sama mengubah landskap politik negara. Dari buruk kepada yang
baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik, in shaa’ ALLAH. Dan
mudah-mudahan ada pahala di sisi ALLAH atas usaha kerdil ini, amin…
Marilah
sama-sama kita memainkan peranan. Sebarkan kesedaran di kalangan kita
dan ahli keluarga kita serta sahabat-sahabat kita bahawa negara kita ada
peluang untuk memperolehi kesejahteraan yang merata kepada semua
masyarakat, bukan hanya kepada kelompok tertentu sahaja. Kemakmuran
negara ini boleh tersebar luas menyentuh setiap kulit dan hati
rakyatnya, bukan hanya kepada kumpulan atau keluarga tertentu sahaja.
Dan mudah-mudahan ke arah keredhaan ALLAH, amin…
Kita
kempen cara kita. Cara muslim. Cara baik berakhlaq. Cara yang boleh
memungkinkan kita dapat pahala dari sisi ALLAH. Cara yang ALLAH suka
dan redha.
Tiga (3) syarat sesuatu amalan seseorang itu dikira soleh di sisi Islam ialah:
- Beriman kepada ALLAH.
- Niatnya baik ikhlas kerana ALLAH.
- Caranya baik menepati syariat Islam, tidak bercanggah dengannya.
Berimanlah
kepada ALLAH dengan sepenuh hati. Bulatkan hati bahawa tiada tuhan
yang disembah melainkan hanya ALLAH. Jangan sekutukan ALLAH dengan
sesuatu yang lain. DIA lah Penjaga dan Pentadbir semuanya. Hendaklah
juga beriman dengan MalaikatNYA, Kitab-KitabNYA, Rasul-RasulNYA, Hari
Akhirat dan beriman juga dengan ketentuanNYA iaitu qadar dan qadha’NYA.
ALLAH harapan dan tempat bergantung kita semua.
Kemudian
luruskanlah niat kita kerana ALLAH dan bulat teguh pengharapan kepada
ALLAH akan balasan baik daripadaNYA. Bukan mengharapkan selain
daripadaNYA. Dan hati hendaklah sentiasa bertawakkal kepadaNYA iaitu
menyerahkan semua urusan kepada ALLAH setelah melakukan pelbagai usaha
dan ikhtiar.
Seterusnya, dari segi
cara hendaklah jangan sampai melanggar batas-batas syara`. Ambillah
nasihat-nasihat para `ulama bagaimana untuk berkempen kerana mereka
faham akan sejarah bagaimana dulu Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan
para sahabat radhiAllahu `anhum ajma`in pernah berjuang. Tiada lain
melainkan contoh Nabi lah yang mesti kita ikuti dan ibrahi.
Berakhlaqlah dengan akhlaq yang baik sepanjang berkempen. Menfitnah,
menipu, mengutuk, mencaci, mengeji, melaknat, merasuah, mengadu-domba,
bermuka dua dan memutuskan persaudaraan bukanlah cara yang dibenarkan
Islam. Hendaklah taqwa iaitu sedar akan dosa dan pahala ketika
melakukan kempen.
Mudah-mudahan
dengan tulisan ini, kita mulai sedar bahawa semua usaha yang kita
lakukan tidak akan sia-sia selagi memenuhi syarat penerimaan amal
menurut Islam. Semoga usaha kempen kita diterima oleh ALLAH Ta`ala
sebagai amalan soleh dan bisa menjadi sebab untuk mendapat rahmat ALLAH
pada Hari Akhirat nanti, amin…
Ayuh berkempen!
Fastabiqul khairaat!- muzir.wordpress.com
No comments:
Post a Comment