'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi'
Pengarah
Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak"
punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran
antara Azizan-Phahrolrazi.
Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.
BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.
Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.
Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.
Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.
Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.
Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.
Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.
"Kita menerima keputusan rakyat dengan hati terluka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.
"Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," katanya.
"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi.
Menteri besar Datuk Seri Azizan tidak hadir sewaktu pengumuman tersebut.

Mohamad Kamar Zaman Deris · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Pemimpin
PR telah acapkali memberi jaminan kpd rakyat Msia jika PR menang byk
faedah utk semua rakyat akan dilaksanakan spt turun harga petrol, hapus
tol, hapus ptptn, turun cukai kereta dsbgnya.. Penyokong PR sudahpun
fahami ini & mengundi PR. Tapi masih ada sbhgn besar rakyat yg tidak
mahu semua itu hanya semata2 ketaksuban mereka pada BN.. Kita menerima
kekalahan ini dgn hati yg terluka tapi kita masih punya iman utk
bersabar.
Ketentuan Allah Maha Mengetahui.. Jika sbhgn besar rakyat
tidak taksub tetapi inginkan kemudahan & keadilan utk diri serta
keluarga, maka pada hari ini kita telahpun dapat mengisi tangki
kenderaan kita dgn petrol yang berharga murah...tetapi ianya tidak
berlaku dan masih kekal dgn harga lama (yg kita sendiri tidak dpt
jangkakan samada turun atau naik slepas ini). mereka suka harga yg mahal
walaupun mereka punya wang sedikit... itulah harga diri sbhgn besar
rakyat msia.
No comments:
Post a Comment